semenjak berpantang di kampung, boleh dikira berapa kali hujan turun..
tapi alhamdulillah, semalam dan hari ni hujan turun lebaaaatt sekali..
dan irfan pon tido nyenyak, sampai ternganga..
jadi ada masa la untuk karang cerita..
setakat hari ni, gua tak pernah lagi bangun tengah malam, bikin susu..
yang perlu buat hanya selak baju.. hahaha..
dan setakat hari ni juga, apa brand susu baby di pasaran gua tak tau..
harap2 tak payah beli, dan dikurniakan susu badan yang banyak selama yang boleh..
tapi memang mencabar wa cakap lu..
mak gua sendiri asyik suruh gua bagi susu tambahan..
orang yg datang pon macam kurang support bila tau gua fully breastfeed irfan..
kenapa ek? kan kita semua tau susu badan tu susu terbaik..
sbb benda2 ni minda dan jiwa ada sikit kacau..
dan memang pon, kalau nak teruskan niat gua ni.. letih sikit la nanti bila dah start kerja..
tapi kitorang bertekad nak teruskan, sbb bukan tak ada orang buat kan?
teringat waktu irfan baru lahir, punya susah nak ajar dia hisap..
bila dah pandai, susu pulak tak banyak..
stress gila fikir takut dia tak cukup makan..
lepas urut, nampak memberangsangkan jugak, lega!
tapi timbul masalah kecederaan pula sbb irfan kuat menyusu..
sampai menjerit-jerit gua, habis semua benda try, nipple shield, kobis, cocoa butter..
nak mandi pon dah macam kambing kena air..
sekarang, masalah cedera dah takde.. maybe sbb dah biasa..
masalah lain yang ada hanya:
nanti bila dah kerja, kesian irfan gua takde..
kat office, kat mana gua nak menjalankan aktiviti mengepam? surau? segan ar!
kalau keluar, camno nak selak baju? sling dah beli, harap membantu..
susu, oh susu!