1) cuaca di SP SANGAT PANAS. di ulang, PANAS SANGAT. kemarau nampaknya.. kesian Irfan, merah2 muka dia, berpeluh-peluh.. kat walid Irfan pon kesian.. nak buat macam mana sayang.. dugaan..
2) sekarang memang fully breastfeed.. penat jugak, tp puas tengok baby kenyang kat dada kita..
3) tentang makan, tak kisah sangat walau tak sedap.. lagipun selera tak berapa ada.. especially bila kaka balik kl.. rindu sangat dengan dia.. taktau kenapa la.. jadi makan sekadar mana mampu, kang kering pulak susu dalam badan..
4) ha, rasanya gua sedih & asyik rindu kaka sebab datang perasaan 'alone'.. rasa macam sedih kena handle Irfan sorang2 walaupun ada family.. kena pulak malam2 dia takmo tido..
5) gua dapat soalan bonus dari adik gua.. "kaklong, macam mana kaklong boh susu dalam badan? hahaha..
6) sekarang, hidup makin sempurna, tak sangka ini resultnya lepas 9 bulan menanti, selepas 13 jam dalam labour room.. cayangggg Irfan!!
nota kaki: apa yang paling gua bersyukur, dapat kaka sebagai suami.. he's the best husband and father in the world!!