Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, February 26, 2011

rumahku syurgaku (part 3)

setelah sekian lama menanti, insyaallah 4.3.2011 kami akan dapat kunci rumah.
excited sangatt!!!

tapi waktu tu kami tak ada pulak..
cuti-cuti Malaysia ke Pulau Perhentian..
nampaknya lepas balik la baru boleh mengemop, mengemas segala..

irfan, kat rumah baru awak boleh main macam ni..

dan macam ni..


nota kaki: bukan ummi malas lipat ek, saja kasi can anak main. haha! (cover line nampak..)

Friday, February 25, 2011

happy birthday, my hero

ayah.
orang yang maha penting dalam hidup seorang anak selain ibu.

hari ni ayah sambut hari lahir ke 53.

seperti tahun-tahun sebelumnya, keluarga kami amat jarang sekali membuat sambutan apa².

pagi tadi, hanya SMS aku berikan pada ayah.
buat panggilan juga tidak.
betul, hubungan kami istimewa.
jarang sekali menunjukkan rasa kasih sayang tapi masing² tahu kasih sayang itu lebih tinggi dari gunung, lebih luas dari lautan.

baru sahaja dapat balasan SMS dari ayah.

"Terima kasih anak2!! Anak2 ku semua! Pasti akan sampai masanya ayah akan pergi dulu! Jagalah ibumu itu kerana ayah amat MENYINTAINYA! Dan kasih sayang AYAH kepada semua anak2 bagai bumi tak berpenghujung."

Sedih!! :( :(

Thursday, February 17, 2011

rumahku syurgaku (part 2)

setakat ni masih belum tau bila boleh pindah..
tapi berdasarkan 6th sense gua, rasanya dah tak lama kot! (berharap)

dalam kepala asyik teringat ini:



teringin sangat nak bela 2-2 ekor binatang super cute ni.
sungguh, memang gua nak beli nanti. ♥♥

Tuesday, February 15, 2011

ini kaki irfan..

dah lama gua cari tempat bikin ini.
dulu rasanya ada kat Times Square, tapi hari tu pegi takde pon.

cuma satu tempat confirm ada --> GENTING!

kitorang gerak naik ahad lepas lunch. dan bernasib baik dapat bilik kat Theme Park Hotel.
kebetulan ahad tu irfan terlebih hyper dan takmo tido.
lepas magrib pegi jalan2 indoor dan berjaya mencelup kaki irfan dalam lilin. yay!



kaki anakanda ketika berusia 1 tahun.
berangan nak buat lagi dan lagi bila dia dah masuk 2,3,4 tahun.
saja2 buang duit. hahahaha



irfan merengek sikit time celup kaki tu.
maklum la, lilin tu agak panas suam.
total harga seketul ni RM40.
harga basic 20, hanya dapat kaki warna putih, tanpa warna.
extra 2o dapat warna + tapak.



gambar tambahan. saja2.. hehe..

Thursday, February 10, 2011

dah sihat, yay!

anakanda kesayangan hamba sekarang sudah sihat! yay!

sehari sebelum birthday, manyak demam jugak.
punya la panas, paling tinggi cecah 39.2.
dah berapa kali bagi mandi pon dah tak terkira, sampai hero yang suka air ni pon naik fobia.
bila malam lebih teruk demam.
ummi pulak nasib baik dah expert masukkan sub.
birthday pon kurang seronok sebab layu semacam je si kecik ni..


nasib baik boleh senyum lagi.
*ummi letak kain sejuk atas kepala* (kain rendam dalam ais)

bila dah balik kl, demam dah ok.
tup-tup naik ruam penuh satu badan pulak..
nasib baik confirm bukan campak. sebab kalau campak benda tu keluar waktu badan masih demam.


abeh putih sebab kena sapu dengan losyen calamine.

semalam balik kerja, ruam dah makin hilang. alhamdulillah..

Saturday, February 5, 2011

rumahku syurgaku (part 1)

sepatutnya kalau diikutkan angan2 gua, skarang dah masuk rumah baru.
konon dapat sambut birthday irfan dengan buat kenduri kecik panggil kawan2, buat tepi pool.

tapi hakikatnya sampai hari ni proses masih belum settle.
gua dah agak, proses mesti lama nak beli rumah tapi apabila menghadapi sendiri terasa lebih lama dan menguji kesabaran!

jadi insyaallah bila semua dah selesai dan dapat potong reben depan pintu, gua akan buat kenduri house warming campur dengan kek bentuk nombor 1 untuk irfan.
tak kisah berapa belated pon nanti..

sementara ni, teruskan berangan macam mana nak decorate rumah ye sabrina! adeh!

Friday, February 4, 2011

cerita bergambar - edisi utara

dapat cuti seminggu di kampung memang gua nanti-nantikan..
sangat syyiookk woo!


sama macam irfan, hepi sungguh dapat naik moto.
besar nanti jangan rempit2 okeh..


irfan di tempat persembunyian.
selalu bikin orang panik. ingatkan dia hilang!


waktu ni kami ke pantai tanjung dawai.
walid tak abeh2 nyanyi lagu cinta pantai merdeka. waduhh!!


tengok orang main layang2, angin sepoi2. pergh!


sambut birthday dengan tok & tokwan.
demam pulak sejak semalam.


bawak budak demam pi beli baju baru. thanks pakngah sebab sponsor!
syok gila main landing2 dalam timbunan baju.. hehe


cari orang tersembunyi. heheh!

esok sudah mau pulang kl. bila agaknya dapat cuti panjang lagi.. :)

waktu itu indah (part 2)

setahun.
rasa macam terlalu sekejap.

hari yang sama, tahun lalu macam tak percaya aku dapat melahirkan seorang manusia.
seorang manusia yang memberi sejuta perubahan.
memberi sejuta kemanisan. pelengkap pada kami.

dan hari ini. menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
rasa seperti tak percaya, anak yang dinanti selepas hampir satu tahun usia perkahwinan membesar di depan mata..

selamat hari lahir sayang!
ummi dan walid akan berusaha memberi yang terbaik..

Wednesday, February 2, 2011

waktu itu indah (part 1)

setahun yang lalu pada tarikh sama..
tidur tak lena.. mandi tak basah.. makan punya la banyak..
yang ditunggu masih tak kunjung tiba..

dah berjalan ke sana sini..
tapi langsung tak ada tanda..

due date dah makin hampir..

penuh debaran dalam dada..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...