Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, February 25, 2011

happy birthday, my hero

ayah.
orang yang maha penting dalam hidup seorang anak selain ibu.

hari ni ayah sambut hari lahir ke 53.

seperti tahun-tahun sebelumnya, keluarga kami amat jarang sekali membuat sambutan apa².

pagi tadi, hanya SMS aku berikan pada ayah.
buat panggilan juga tidak.
betul, hubungan kami istimewa.
jarang sekali menunjukkan rasa kasih sayang tapi masing² tahu kasih sayang itu lebih tinggi dari gunung, lebih luas dari lautan.

baru sahaja dapat balasan SMS dari ayah.

"Terima kasih anak2!! Anak2 ku semua! Pasti akan sampai masanya ayah akan pergi dulu! Jagalah ibumu itu kerana ayah amat MENYINTAINYA! Dan kasih sayang AYAH kepada semua anak2 bagai bumi tak berpenghujung."

Sedih!! :( :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...