Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, July 25, 2011

somersault berpusing

bila ingat balik memang rasa nak belasah diri sendiri bertubi-tubi..

walaupun anak dah pandai turun katil sendiri, turun sofa sendiri..
mereka tetap anak kecil.
anak kecil yang tak mengetahui apa itu bahaya dan tak dapat meramal bahaya.

peringatan untuk diri sendiri.

Friday, July 22, 2011

entri jumaat

entah kenapa, hari ni seronok pulak google, cari info pasal hospital bersalin..
secara tak langsung banyak la jumpa kisah pengalaman bersalin orang..
bila dah baca rasa tak sabar pulak. haha! (lambat lagi, bawa bertenang ye!)

banyak yang positif tentang DEMC..
cik abang pon macam dah decide je..
tapi kalau ikutkan hati nak ke Ampang Puteri jugak, sebab dah tau memang best..
malangnya memang confirm tak boleh sebab jauh dan mahal.
nasib baik dulu tambah rm500 je..

kat rumah, dah 2 hari ajar/tunjuk irfan "ADIK".
dan bila irfan dok panggil adik, adik, sambil pegang perut terus dapat respon dari dalam.
harap2 irfan faham la adik tu apa ek.. walaupun sebenarnya dia seronok tepuk perut dengan main pusat ummi je.. hahahaha

Thursday, July 21, 2011

kain oh kain..

jam baru 10.35 pagi.
sejak 3,4 hari lepas sampai saat ini, dalam kepala asyik teringat 7 pasang baju tak iron tu.
rasanya dah beranak jadi 10 pasang kot sebab hubby dah basuh baju semalam.
kalau dibiarkan lama lagi akan jadi 20 pulak.
lagi serabut jadinya sebab selagi tak iron bakul tu akan makin penuh, makin penuh..

bila penuh, jadi la macam sabtu lepas, iron sedozen baju kemeja dan kurung sekaligus sampai tido sakit paha, kaki, badan semua.
biar sakit, asalkan puas hati. (nasib baik waktu tu hubby takde sebab dia bising berdiri lama2)

persoalannya, sekarang kat office kan?
yang ko fikir baju kat rumah tu kenapa sab oii!!
buat kerja!

Monday, July 18, 2011

4 bulan lagi..

salam isnin..

pagi ini dirasakan lebih ceria. entah kenapa.
buka blog, sudah nampak berita gembira dan tentunya tentang kehamilan kedua.

tentang diri sendiri?
banyak benda yang difikirkan.
2 malam berturut-turut irfan terjaga dalam jam 2 pagi, dan susah nak lelap semula.
terpusing sana, tonggeng sini.. habis semua ditendangnya..
puas ditepuk, dan akhirnya lena semula setelah mendapat 'ubat'nya..
walaupun susu dah kering (agaknya) tapi irfan masih mahu terutama bila nak tidur..
ada masa, dia terjaga hampir waktu aku perlu bangun untuk bersiap ke pejabat mahukan 'ubat'..
dah bagi, tak mahu lepas dan bila ditarik menangis pulak..
sungguh tak sampai hati.... tapi terpaksa bangun juga kalau tak mahu lambat..

jadi aku mula risau macam mana kalau adik sudah lahir nanti..
irfan, memang tidur di tengah kami sejak bayi.. adik?
nak ajar irfan tidur sendiri, tinggal 4 bulan je lagi dan mungkin aku yang tak mahu ajar kot. adeh!
nampaknya perlu utilize sepenuhnya baby cot irfan yang dah berhabuk tu..
susu pulak? untuk adik semestinya akan bf sepenuhnya macam irfan tapi kalau si abang pon nak juga? jangan berebut sudah la..

banyak lagi yang difikirkan, terutama dengan kemanjaan irfan yang melampau dengan aku.

fikir memang boleh fikir, tapi harapannya semua dipermudahkan.
mana tau, nampak adik je irfan terus berubah jadi independent dan jadi abang yang cool. hahaha
dia siap cakap, "apa la ummi ni.. risau tak tentu pasal je.."
bayangkan budak tak sampai 2 tahun cakap macam tu. pengsan!

Thursday, July 14, 2011

weekend berbau durian

weekend lepas, kami balik kampung. ya setelah 3 bulan tak balik..
niat sebenar nak cari durian sedap! disamping jumpa mak ayah la.. ☺☺


irfan fikir dalam hati - "bila la nak sampai ni ummi!"


berhenti di RnR Sungai Perak, rasanya pukul 1 pagi kot.


cuaca panas. irfan ada cara menyejukkan badan - mandi/main air di tepi rumah. tapi ummi tak boleh. tak aci! hehehe


meraung bila diangkat walaupun kaki tangan dah kecut.

ya, sekarang musim durian gugur bertubi-tubi.
buah teramat banyak. walaupun kami tak ada kebun, tetap dapat makan banyak gila.
durian kampung sebiji seringgit pon ada.
rambutan pon jangan cakap. irfan pertama kali rasa dan sangat suka!

jumpa lagi di lain masa yang buah-buahan sekalian. hahahha

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

3 tahun paling indah



teringat masa tu. gua pengantin paling banyak tayang gigi. hahaha
semua gambar tak nampak gigi tak sah. happy sangat la katakan..

abang, it has been a very lovely journey..
semakin indah dengan kehadiran Muhammad Irfan..
walaupun tanpa sambutan meriah, hari ni memang hari paling bersejarah kita..
tak sabar tunggu our ultimate price for this year..
harapnya hidup kita akan lebih ceria..
i love you very very very much, suami tercinta!

Wednesday, July 6, 2011

Friday, July 1, 2011

anak bujang aku



nasib baik kecik lagi.. ☻

krisis pemakanan tamat!

bagus tak, tido pegang robot dan berus gigi.. ☺☺



irfan dah kuat makan sekarang.. yay!
dari pemerhatian 2,3 hari ni, makan nasi habis, minum susu tak main2 dah, suap apa pon tak tolak dah.. alhamdulillah..

tak buat apa pon sebenarnya..
nak kata ubat titis mulut yang doktor bagi tu berkesan, mungkin juga. tapi titik sekali je..
ubat tu untuk jangkitan mulut, maybe tekak kering atau apa2 la..

mungkin Allah perkenankan doa ummi.. yang risau anak takmo makan..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...