Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, July 18, 2011

4 bulan lagi..

salam isnin..

pagi ini dirasakan lebih ceria. entah kenapa.
buka blog, sudah nampak berita gembira dan tentunya tentang kehamilan kedua.

tentang diri sendiri?
banyak benda yang difikirkan.
2 malam berturut-turut irfan terjaga dalam jam 2 pagi, dan susah nak lelap semula.
terpusing sana, tonggeng sini.. habis semua ditendangnya..
puas ditepuk, dan akhirnya lena semula setelah mendapat 'ubat'nya..
walaupun susu dah kering (agaknya) tapi irfan masih mahu terutama bila nak tidur..
ada masa, dia terjaga hampir waktu aku perlu bangun untuk bersiap ke pejabat mahukan 'ubat'..
dah bagi, tak mahu lepas dan bila ditarik menangis pulak..
sungguh tak sampai hati.... tapi terpaksa bangun juga kalau tak mahu lambat..

jadi aku mula risau macam mana kalau adik sudah lahir nanti..
irfan, memang tidur di tengah kami sejak bayi.. adik?
nak ajar irfan tidur sendiri, tinggal 4 bulan je lagi dan mungkin aku yang tak mahu ajar kot. adeh!
nampaknya perlu utilize sepenuhnya baby cot irfan yang dah berhabuk tu..
susu pulak? untuk adik semestinya akan bf sepenuhnya macam irfan tapi kalau si abang pon nak juga? jangan berebut sudah la..

banyak lagi yang difikirkan, terutama dengan kemanjaan irfan yang melampau dengan aku.

fikir memang boleh fikir, tapi harapannya semua dipermudahkan.
mana tau, nampak adik je irfan terus berubah jadi independent dan jadi abang yang cool. hahaha
dia siap cakap, "apa la ummi ni.. risau tak tentu pasal je.."
bayangkan budak tak sampai 2 tahun cakap macam tu. pengsan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...