entah kenapa, hari ni seronok pulak google, cari info pasal hospital bersalin..
secara tak langsung banyak la jumpa kisah pengalaman bersalin orang..
bila dah baca rasa tak sabar pulak. haha! (lambat lagi, bawa bertenang ye!)
banyak yang positif tentang DEMC..
cik abang pon macam dah decide je..
tapi kalau ikutkan hati nak ke Ampang Puteri jugak, sebab dah tau memang best..
malangnya memang confirm tak boleh sebab jauh dan mahal.
nasib baik dulu tambah rm500 je..
kat rumah, dah 2 hari ajar/tunjuk irfan "ADIK".
dan bila irfan dok panggil adik, adik, sambil pegang perut terus dapat respon dari dalam.
harap2 irfan faham la adik tu apa ek.. walaupun sebenarnya dia seronok tepuk perut dengan main pusat ummi je.. hahahaha