Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, August 24, 2011

duduk atas moto boleh, bawak jalan mak fobia!



hai la anak, minat motor sama macam walid jugak..



ok, mula beraksi.. nak suruh walid beli satu la tu!

Tuesday, August 23, 2011

23 ramadhan

cepat sungguh dah 23 Ramadhan..
tapi mood raya masih tak mari..

persiapan langsung tak ada.. cuma baju melayu irfan dah beli sepasang..
bila jalan2 tempat jual2 baju raya yang banyak tu, jeles gila sebab baju cantik2 hanya untuk orang kurus.. huwaa!!
dalam hati teringin nak buat kuih raya, tapi niat je lebih.. takde tindakan yang dibuat..

yang best, jumaat dah cuti.. dan total cuti = 12 hari. yay! ☻☻

Wednesday, August 17, 2011

mula bekerja

setelah 6 hari mc, dan total 8 hari melepak dirumah..
hari ni mula bekerja semula..
bye-bye motorsikal dan hello kepada jem di jalan raya..
terpaksa naik kereta mulai hari ini sehingga ditentukan kelak.. hehe..
nasib baik orang Selangor cuti, jadi kurang member sebelah membebel.. esok siap la..

kalau ikutkan hati berat sikit hati naik kereta ni..
minyak, tol, sesak tu dah memang package..
campur lagi dengan terpaksa keluar awal, sampai rumah lambat..
kalau tak dapat parking free, parking luar nanti kumpul balik la saman kitorang..
tapi effect jatuh memang tak dapat digambarkan.. tu baru sikit..
jadi sila la tahan ye..

luka2 semua banyak dah kering, tinggal lutut kanan je macam lambat sikit..
masalahnya, bila dah kering mula gatal2.. ish, garu lelebih kang tercabut pulak kuping tu.. haiya..

sehari dua ni jenuh nak cover balik kerja pending..
bila la nak siap ni..

Wednesday, August 10, 2011

kisah selepas kemalangan

semalam, 9 ramadhan aku terlibat dengan kemalangan motor.
tempat kejadian, laluan motor lebuhraya persekutuan.
dah dekaaaat sangat dengan pejabat.
tapi benda dah nak jadi..

luka - sudah semestinya.
2-2 lutut paling teruk, luka kecil - kaki, tangan, siku, bahu.
pipi juga sakit, kesan geselan helmet pada jalan.
hubby juga luka lebih kurang sama tapi lebih dalam..

malam, tak boleh tidur akibat bengkak pada lutut. semua tempat sakit.
jalan, juga maha sakit..

24 jam berikutnya, hari ni, pedih luka makin kurang.
hanya akan menangis lagi, kalau diletak minyak gamat yang mana sangat mujarab mengeringkan luka..
bila dah kering, kesan luka akan jadi tegang. lagi susah nak bergerak.
bengkak lutut makin kurang, jadi boleh berjalan lebih normal. tapi masih sakit.
sakit bahu pulak muncul..
dari semalam belum mandi. terlalu risau pedih. nasib baik tak busuk sangat. hehe..

oh ya, baby alhamdulillah..
semalam dah jumpa Dr. Idora, Pantai Bangsar..
tak ada bleeding, semuanya ok.
kebetulan Dr. tengah test machine baru, terus dapat tengok gambar 3D adik irfan.
hidung dan mulut sama macam abang! lega sikit hati baby ok..
machine canggih gila, dapat nampak baby menguap semalam. indah!

mc dapat sampai jumaat.
tapi hari ni terpaksa hantar irfan ke rumah opah juga sebab ummi sakit sana sini..
sedih sebab tak boleh nak pegang, layan irfan macam biasa..

tapi tak apa.. dugaan Ramadhan.. maknanya Allah sayang..
redha..

Tuesday, August 2, 2011

4th check up

alhamdulillah..
semua ok..
yang penting gula tak tinggi dah dan ini menandakan raya boleh makan semua! hahaha

ops, fokus pada puasa dulu..
insyaallah, setakat ni sihat dan kuat..
cuma dah petang² tu mula lembik sikit..
kalau tak ada apa², tahun ni masuk 3 tahun puasa penuh.. best!

eh, petang ni nak masak apa ek? ☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...