setelah 6 hari mc, dan total 8 hari melepak dirumah..
hari ni mula bekerja semula..
bye-bye motorsikal dan hello kepada jem di jalan raya..
terpaksa naik kereta mulai hari ini sehingga ditentukan kelak.. hehe..
nasib baik orang Selangor cuti, jadi kurang member sebelah membebel.. esok siap la..
kalau ikutkan hati berat sikit hati naik kereta ni..
minyak, tol, sesak tu dah memang package..
campur lagi dengan terpaksa keluar awal, sampai rumah lambat..
kalau tak dapat parking free, parking luar nanti kumpul balik la saman kitorang..
tapi effect jatuh memang tak dapat digambarkan.. tu baru sikit..
jadi sila la tahan ye..
luka2 semua banyak dah kering, tinggal lutut kanan je macam lambat sikit..
masalahnya, bila dah kering mula gatal2.. ish, garu lelebih kang tercabut pulak kuping tu.. haiya..
sehari dua ni jenuh nak cover balik kerja pending..
bila la nak siap ni..