Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, August 10, 2011

kisah selepas kemalangan

semalam, 9 ramadhan aku terlibat dengan kemalangan motor.
tempat kejadian, laluan motor lebuhraya persekutuan.
dah dekaaaat sangat dengan pejabat.
tapi benda dah nak jadi..

luka - sudah semestinya.
2-2 lutut paling teruk, luka kecil - kaki, tangan, siku, bahu.
pipi juga sakit, kesan geselan helmet pada jalan.
hubby juga luka lebih kurang sama tapi lebih dalam..

malam, tak boleh tidur akibat bengkak pada lutut. semua tempat sakit.
jalan, juga maha sakit..

24 jam berikutnya, hari ni, pedih luka makin kurang.
hanya akan menangis lagi, kalau diletak minyak gamat yang mana sangat mujarab mengeringkan luka..
bila dah kering, kesan luka akan jadi tegang. lagi susah nak bergerak.
bengkak lutut makin kurang, jadi boleh berjalan lebih normal. tapi masih sakit.
sakit bahu pulak muncul..
dari semalam belum mandi. terlalu risau pedih. nasib baik tak busuk sangat. hehe..

oh ya, baby alhamdulillah..
semalam dah jumpa Dr. Idora, Pantai Bangsar..
tak ada bleeding, semuanya ok.
kebetulan Dr. tengah test machine baru, terus dapat tengok gambar 3D adik irfan.
hidung dan mulut sama macam abang! lega sikit hati baby ok..
machine canggih gila, dapat nampak baby menguap semalam. indah!

mc dapat sampai jumaat.
tapi hari ni terpaksa hantar irfan ke rumah opah juga sebab ummi sakit sana sini..
sedih sebab tak boleh nak pegang, layan irfan macam biasa..

tapi tak apa.. dugaan Ramadhan.. maknanya Allah sayang..
redha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...