al kisah, pada hari khamis yang lalu kunci rumah husband aku hilang.
kami syak irfan campak mana² sebab cik abang nampak dia main.
cari punya cari tak jumpa. takpe la, esok pakai kunci aku dulu..
jumaat, pagi pegi kerja macam biasa.
malam, balik rumah macam biasa.
sabtu, semangat nak pegi 1st check-up kat DEMC bersambung pulak dengan 5 open house.
tengah nak bersiap, ternampak bakul baju irfan selerak.
aku dah tuduh husband selerekkan sebab semalam dia cari kunci.
kawan beriya deny.
dan sungguh, bila tarik bakul, dia punya sepah lain macam. takkan dia nak buat camni kot.
next, bukak almari baju. hambik kau. semua baju kena tarik. macam orang selongkar.
sapa punya kerja ni? cuak cari tempat aku letak syiling emas. eh, ada! nasib baik tak hilang.
bukak almari lagi satu, kotak barang baby pon kena punggah. sebab dalam tu ada jewelry box.
tapi kosong la brader. gua mana ada jewelry.
pendek kata kesan sepah hanya pada area almari baju. sebab tu balik rumah semalam tak perasan.
setelah dianalisa, takde barang yang hilang. alhamdulillah.
hanya kerja tambahan untuk aku kemas balik je.
kami sangka ada orang jumpa kunci tu dimana-mana, jadi dengan senangnya bukak pintu dan masuk. tapi kat kunci tu mana ada nombor rumah. pelik disitu.
kesan pecah memang tak ada.
lebih menjadikan cerita ini misteri, tiba-tiba semalam cik abang jumpa kunci dia.
apaaaaaaaaa?????? boleh tambah tanda soal banyak² lagi ni.
jadi, celah manakah orang itu masuk?
kalau dari tingkap yang tak ada grill tu, macam mana dia panjat?
walaupun tingkat 4, tapi tinggi gak woo..
adakah dia ada ilmu ghaib yang membolehkan masuk rumah orang dengan hanya pejam mata?
adakah sebenarnya tiada orang pecah masuk, cuma imaginasi kami sahaja?
takkan malam² kami mengigau dan punggah baju sendiri?
ohh sungguh banyak persoalan.
detektif conan, tolong!