Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 9, 2012

happy 2nd birthday!



pejam celik, pejam celik, dah besar anak aku tu..
Irfan, ummi doakan Irfan jadi anak yang soleh dan berakhlak baik..
ada rezeki lebih, kita celebrate lagi dengan kawan2 awak ek.. ☺☺

sedikit perkembangan budak 2 tahun..
1) kalau tido mesti nak dengar cerita 'pada satu hari' dulu. kejap cerita ayam, harimau, gajah, pendek kata semua cerita binatang la.

2) masih nak nenen lagi. kalau tak bagi dia punya sedih tak boleh handle!

3) banyak cakap ya rabbi! mengajuk orang cakap nombor 1. tapi huruf K jadi T, S jadi I. Contoh: kakak jadi tatak, air kotak jadi air totak, tikus jadi titui..

4) dia dengan adik, baik aje tapi kena berjaga-jaga juga. cuma sekali pipi adik luka sebab abang cakar. lepas kejadian tu pantauan memang ketat la. tak sanggup tengok adik sakit wooo..

5) ramai tegur rambut dah panjang. takpe la ala² anuar zain sekali skala, hahaha..
bukan senang nak panjang camtu tau, dah 2 tahun tak pernah sekali pon potong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...