Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, February 20, 2012

kesan media terhadap anak anda

pada satu hari, kami membawa anak-anak mandi kolam..
hari cuti, sudah tentu ramai kanak-kanak lain turut sama mandi manda..
pergh.. nak try ayat dalam buku cerita, dah jadi macam apa je.

cut short, irfan main2 dengan gembiranya.
irsyad, rendam sikit2 je sebab kawan tak berapa boleh handle air sejuk.

tiba2, irfan pegi dekat sorang budak perempuan ni, lepas tu pijak kaki dia.
aku pon tarik la irfan, yang pegi kacau anak dara orang tu kenapa..
tak lama lepas tu, dia pegi kat budak tu lagi dan pijak lagi.
kalo dengar je budak tu jerit, dah tau dah.. sah si irfan punya kerja..

persoalannya:
kenapa dia buat macam tu?

pikir punya pikir, last2 baru teringat.
irfan ikut macam cerita yang dia tengok.
dia memang minat sangat filem Real Steel.
tak abih2 nak tengok robot, nak tengok robot.

dalam filem tu, ada satu scene pijak kaki waktu si Atom lawan dengan robot Kingpin..
nasib baik tak ikut aksi tumbuk2 tu..

kesimpulannya, kita kena pantau apa yang anak kita tengok.
sebab banyak sangat sumber hiburan.. risau dia terikut-ikut benda tak baik..
mintak dijauhkan la ye.. ☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...