Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, December 24, 2009

resepi: karipap baik punya..

uit.. apa khabar? hari ni mood sangat baik la..
nak balik kampong malam ni la katakan.. cuti sampai new year beb! best gile..

hari ni saya nak share resepi ye puan²..
semalam saya berjaya bikin karipap, pertama kali dalam hidup kalo nak tau..
jadi, nak la share kan.. untuk panduan beginner seperti saya.. ☻

masa nak buat tu, punya la nervous.. takut tak jadi..
sayang je kang tepung tah apa2 jadi.. tapi alhamdulillah ok, sedap jugak beb!
so, untuk buat doh sukatan dia:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
air garam
air sejuk (untuk uli)

kalau ikut sukatan ni, kitorang dapat la 17 biji karipap berbagai bentuk..
ada saiz M, XL pon ada.. suka hati gua je! hehehe

marjerin tu gua cairkan dulu dalam kuali.. tutup je api tuang terus dalam tepung.. gaul ok..
garam tu sikit je.. bancuh dengan air, agak2 la.. masa ni mmg tawakal je.. jangan la masin oii..
air sejuk tu petua mak mertua.. masukkan sikit² masa uli tu.. jadi je doh, tak melekat-lekat.. kira orait la tu..



untuk inti pulak, senang je.. bahan²:

2 biji kentang (sederhana besar la..) - potong dadu
1 biji bawang besar (gua pilih yang paling besar skali..) - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang
daging cincang (agak2 la banyak mana nak letak)
daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging (bancuh dengan air)

mula² tumis bawang + daun kari sampai layu/wangi..
lepas tu, masuk rempah kari pulak.. masak la sampai garing..
lepas tu daging.. biar masak..
lepas tu ubi.. tapi sebelum tu gua rebus dulu.. senang nak empuk..
kiranya ok la tu.. masuk garam, gula, air..
masak la sampai air kering..

sukatan gua semalam ada lebih sikit je inti..
saksikan betapa handal gua penyek tepi karipap tu..
macam2 rupa bentuk.. tak cantik pon takpe la kata kaka asalkan sedap..

hehehe.. kembang hidong mak tau!





lain kali kalau nak buat lagi gua kena beli pencanai tu..
macam main masak2 je semalam, gua canai pakai botol sos tiram..
hebat tak? hehehe..
selamat mencuba!

Monday, December 21, 2009

pegi tengok.. tak rugi beb!

sape belom tengok Avatar?? gua sarankan pegi tengok.. gua tengok kat Ipoh Parade semalam tanpa mengetahui sinopsis, sape pelakon, hatta berapa ringgit harga tiket sekalipon.. hehe.. masa kaka ajak tengok, gua setuju dengan sedikit ragu2.. dalam fikiran ingat citer kartun ape la ni.. hadap je la..

tetapi sesungguhnya selama hampir 3 jam cerita berlangsung, gua langsung tak mengantuk malah sangat excited sekali.. malangnya pandangan mata gua agak terhad dengan kadar kerabunan 125 2-2 belah mata tanpa contact lens/cermin mata.. kalo mata gua clear mesti lagi best.. isk isk isk.. kena repeat ni..

gua baca dalam paper kos pembikinan 800 juta.. patut la.. gempak gila dia punya 3D.. pendek kata, tengok jangan tak tengok!!

Wednesday, December 16, 2009

nama saya Rayyan Imran



Masa ambik gambar ni umurnya tak sampai 24 jam..
Comey bebenor!!

Tahniah mommy Ezrina..
Bila teringat zaman skolah dulu2, mcm tak percaya hang dah ada anak..
Aku pon bakal menyusul neh.. Tapi yg tak best, nanti anak hang kira tua setahun..
Tak boleh la satu kelas macam kita dulu.. ☺☺

Untuk semua tips yang diberikan, tenkiu!!
Dia boleh cerita detail utk insan yang sedang nervous seperti gua ni..
Maklum la, baru je lalui..
Semua persoalan mengarut dalam kepala hotak, gua tanya.. hahaha..
Selalunya kalau gua tanya orang lain, yg dah lama bersalin, jawapan diorang tu macam general gila.. tak menepati kehendak gua yang memerlukan penjelasan detail ni..

Jaga baby elok2 beb..
Masa pegi umah dia tu parents dia tak sampai lagi..
Budak tu bunyi sikit kitorang dah panic.. serius taktau apa nak buat!!
Gila la..

gambar kanak2 kami


I like!!

Tuesday, December 15, 2009

rakyat Malaysia makin bertambah!

sms
15-Dec-2009 04:07

I da branak dah kul 3am td. Hehe

baca sms: 06:15

dah beranak siot! kawan gua masa skolah ni.. lama gila tak jumpa, cuma contact melalui telefon je..dah jadi mak no.. ish ish ish.. rasa macam dah tua!

sms ke-2
15-Dec-2009 06:20

Series, bru nak tdoq dah kena bgn cuci2 bdn. Siot btl. Sakit jap je. Aku masuk kul 1 tadi 4cm. Kul 2.45 dah 10cm. Kul 3 dah siap beranak. X sakit pun mcm berak taik keras or sembelit je

baca

pergh.. senang gila lu beranak.. jeles pon ada neh! at least lega sikit dengar camtu.. takde la gua fobia sangat.. hehehe.. petang ni nak p melawat, mintak tip2 berguna untuk pedoman.. hihi..

Friday, December 11, 2009

mana2 saja boleh meeting..



isk isk isk.. meeting buat kat store room je..
kena duduk celah equipment ke rak ape ni?
hehehe..

Thursday, December 10, 2009

senyuman gua mmg dah cukup manis..

yay.. i'm healthy!

Result MGTT before and after, 4.7 / 7.3.
Baby weight around 1.8 - 2.0kg.

Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1

Confirm diabetes takde.. so malam ni set Quarter Pounder large satu ek! hehe..

lebihkan manis dalam senyuman

semalam hospital, hari ni klinik pulak..
waduh.. macam orang berpenyakit kronik je..

gua baru lepas telan air gula segelas..
ujian MGTT ape tah..

kejap lagi baru ambik result..
adui.. pening gila minum air manis ni woi!
tido jap kat keyboard la!

ngeri ar pegi spital..

semalam baru first time gua jejak kaki ke hospital, dan bukan dengan tujuan melawat orang sakit..
gua pon tak sakit sebenarnya, cuma preparation sebelum sakit.. hehe..

sampai parking je gua dah kecut perut..
sampai lobi terus rasa nak membuang.. gila bau ubat tak best langsung!

naik tingkat 3, mata melilau cari klinik yang betul..
jumpa, masuk, isi borang, tunggu..
bila dah masuk jumpa doktor, la.. takde bende pon..
ingat namanya specialist check special la sikit.. hehehe.. sungguh naif diri ini.. hahhaa..

kiranya tempat untuk gua meneran dah confirm la..
mintak dipermudahkan, ya Allah..

lepas check-up, kitorang pegi makan..
pikir punya pikir, decide nak rasa Asam Pedas Linda Onn..
boleh la gua bagi review sikit..
ok jugak asam pedas dia, tp confirm tak dapat lawan asam pedas Melaka..
kaka kata tak berapa ok, ikut la tekak masing2..
makan 2 orang dalam rm40..
selamat mencuba!

Sunday, December 6, 2009

download la, apa lagi!

mmg takde harapan nak ajak kaka tengok new moon nampaknya..
ni semua sbb kawan dia cakap bosan..
kawan tu lelaki, memang la..
awek kawan dia je yang suka.. paham2 la kan..
mana nak cari hantu hensem macam tu..
dia kata, apa la muka pucat pon suka.. hahahhaa

saja nak upload.. :)



Friday, December 4, 2009

welcome to the world..

tahniah akak chae (taktau nama akak ko apa)..
dah selamat melahirkan baby boy..
nama sedap, Adam Mikail..

lahir normal, walaupun overdue 10 hari..
both ibu & baby ok..

tapi..

katanya kakak dia bleeding sbb doktor SALAH JAHIT!!!
ni yang gua tak gemar!!!!!!
hospital tu mmg gua boikot..
ape ingat jahit baju koyak, butang tertanggal ke wei??

Wednesday, December 2, 2009

sudah 31

kalau ikutkan jangkaan, hari ni dah masuk minggu 31..

baru dengar suara dr. motivasi di radio entah bila, katanya salah satu petua mahu nyenyak tidur jangan susah hati, fikir masalah atau bukan².. selain yang biasa, minum susu hangat, mandi air hangat, cadar sarung bantal bersih dan wangi, tutup lampu dan maafkan orang keliling..

cuma sekarang aku mula susah tidur kerana takut..
jika pun tidur, dalam kepala fikir macam².. jadi serabut..
kaka nasihat, tak perlu takut. fikirkan apa kita akan dapat selepas semua selesai..

tapi cakap memang senang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...