Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 24, 2009

resepi: karipap baik punya..

uit.. apa khabar? hari ni mood sangat baik la..
nak balik kampong malam ni la katakan.. cuti sampai new year beb! best gile..

hari ni saya nak share resepi ye puan²..
semalam saya berjaya bikin karipap, pertama kali dalam hidup kalo nak tau..
jadi, nak la share kan.. untuk panduan beginner seperti saya.. ☻

masa nak buat tu, punya la nervous.. takut tak jadi..
sayang je kang tepung tah apa2 jadi.. tapi alhamdulillah ok, sedap jugak beb!
so, untuk buat doh sukatan dia:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
air garam
air sejuk (untuk uli)

kalau ikut sukatan ni, kitorang dapat la 17 biji karipap berbagai bentuk..
ada saiz M, XL pon ada.. suka hati gua je! hehehe

marjerin tu gua cairkan dulu dalam kuali.. tutup je api tuang terus dalam tepung.. gaul ok..
garam tu sikit je.. bancuh dengan air, agak2 la.. masa ni mmg tawakal je.. jangan la masin oii..
air sejuk tu petua mak mertua.. masukkan sikit² masa uli tu.. jadi je doh, tak melekat-lekat.. kira orait la tu..



untuk inti pulak, senang je.. bahan²:

2 biji kentang (sederhana besar la..) - potong dadu
1 biji bawang besar (gua pilih yang paling besar skali..) - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang
daging cincang (agak2 la banyak mana nak letak)
daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging (bancuh dengan air)

mula² tumis bawang + daun kari sampai layu/wangi..
lepas tu, masuk rempah kari pulak.. masak la sampai garing..
lepas tu daging.. biar masak..
lepas tu ubi.. tapi sebelum tu gua rebus dulu.. senang nak empuk..
kiranya ok la tu.. masuk garam, gula, air..
masak la sampai air kering..

sukatan gua semalam ada lebih sikit je inti..
saksikan betapa handal gua penyek tepi karipap tu..
macam2 rupa bentuk.. tak cantik pon takpe la kata kaka asalkan sedap..

hehehe.. kembang hidong mak tau!





lain kali kalau nak buat lagi gua kena beli pencanai tu..
macam main masak2 je semalam, gua canai pakai botol sos tiram..
hebat tak? hehehe..
selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...