Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, March 14, 2010

untuk kamu..

hasil malam ni..
erm.. kurang memberangsangkan..
kalau la dapat sebotol besar..



bagi irfan minum malam ni..
praktis minum botol ek cayang..

lepas kenyang, muka atak senyuumm..

selamat hari lahir ibu..

maktok sambut hari lahir hari ni..

dah wish tadi, cakap kat mak, hadiah mak yang ni ek.. (sambil tunjuk cucu dia).. hehe..

Saturday, March 13, 2010

kisah susu oh susu!

semenjak berpantang di kampung, boleh dikira berapa kali hujan turun..
tapi alhamdulillah, semalam dan hari ni hujan turun lebaaaatt sekali..
dan irfan pon tido nyenyak, sampai ternganga..
jadi ada masa la untuk karang cerita..

setakat hari ni, gua tak pernah lagi bangun tengah malam, bikin susu..
yang perlu buat hanya selak baju.. hahaha..
dan setakat hari ni juga, apa brand susu baby di pasaran gua tak tau..
harap2 tak payah beli, dan dikurniakan susu badan yang banyak selama yang boleh..

tapi memang mencabar wa cakap lu..
mak gua sendiri asyik suruh gua bagi susu tambahan..
orang yg datang pon macam kurang support bila tau gua fully breastfeed irfan..
kenapa ek? kan kita semua tau susu badan tu susu terbaik..
sbb benda2 ni minda dan jiwa ada sikit kacau..
dan memang pon, kalau nak teruskan niat gua ni.. letih sikit la nanti bila dah start kerja..

tapi kitorang bertekad nak teruskan, sbb bukan tak ada orang buat kan?

teringat waktu irfan baru lahir, punya susah nak ajar dia hisap..
bila dah pandai, susu pulak tak banyak..
stress gila fikir takut dia tak cukup makan..
lepas urut, nampak memberangsangkan jugak, lega!
tapi timbul masalah kecederaan pula sbb irfan kuat menyusu..
sampai menjerit-jerit gua, habis semua benda try, nipple shield, kobis, cocoa butter..
nak mandi pon dah macam kambing kena air..

sekarang, masalah cedera dah takde.. maybe sbb dah biasa..

masalah lain yang ada hanya:

nanti bila dah kerja, kesian irfan gua takde..
kat office, kat mana gua nak menjalankan aktiviti mengepam? surau? segan ar!
kalau keluar, camno nak selak baju? sling dah beli, harap membantu..

susu, oh susu!

Thursday, March 11, 2010

kisah berpantang

hari ni dah hari ke-36..

mak gua selalu cakap, anak pertama, makan je..
kalau dah makan sekarang, nnt anak2 akan datang kalo makan pon takde masalah..
kalo sekarang tak makan, anak seterusnya baru makan.. tak boleh..

ish, tak paham la!
baik tak payah pantang langsung ye tak?
nama pon anak pertama..

sesungguhnya, gua memang berpantang ala2 koboi..
mak gua mmg takde knowledge sangat dalam hal2 ni..
maybe dah lupa macam mana ketatnya nenek gua jaga dia dulu..

kalo nak tau, tadi gua baru lepas makan pizza..
orang pantang bole makan ek? tapi mak gua suruh..
kalo tak makan kang, gua yang kebulur..
bukan pizza hut la, pizza biasa tu.. topping dia ayam..
secara logiknya gua pikir bole la makan sbb ayam gua start makan masa pertengahan pantang hari tu..
sebab luka dah baik, dan tak gatal pon..
roti mmg bole makan, tapi mayonis dan sos tu tak pasti..
tapi dah bedal pon! hehe..

jamu lepas bersalin yang gua beli tu pon tak makan..
ada la yg guna jugak, tp untuk luaran je..
satu sebab tak makan, dek kerana Irfan kena jaundice hari tu..
bila dia dah baik pon gua tak continue.. risau la sbb menyusu badan..
dah la pahit gila, kang susu jadi pahit camana? hahaha.. imaginasi liar..

tungku dan barut pon tak konsisten..
tapi buat la jugak..
bukan tak risau perut gelebeh, tapi tak sempat dan takde orang nak jaga baby..
especially masa maktok ngan wan pegi keje..
macam mana pon, hanya 2.8kg lagi gua akan kembali kepada berat asal..
sungguh berkesan ye kalau menyusu badan..
jeans lama je tak try lagi sebab tak bawak..
rasanya boleh kot.. hehe..

hanya 8 hari lagi..
dah abeh je benda pertama gua nak cari ialah Vanilla Coke..
teringin gila tak hengat! hehehe

Tuesday, March 9, 2010

kisah kelahiran part 2

dah 3cm, jadi confirm kena admit..
dengan rasminya, penantian gua akan berakhir tak lama lagi.. pheww!

baring atas katil, gua memang cuak setiap kali nurse masuk..
apa la ko nak buat kat aku ni.. hehe

mula2 kena tukar baju hospital..
lepas tu dia masuk ubat, kasi gua berak..
tak lama lepas tu, air ketuban nurse pecahkan..
katanya nak kasi bukaan lebih cepat..
sakit tak sangat masa ni.. senggugut gua tiap2 bulan lagi sakit..
tapi baring dah mula tak selesa sbb air tu kejap2 keluar..

maybe sebab progress tak memberangsangkan, gua kena induce..
rasanya lepas drip tu la sakit makin kerap dan makin kuat..
dan untuk kasi gua berehat, tido untuk kumpul tenaga, nurse jabbed ubat kat bontot..
lepas tu terus lalok, dan gua dapat tido dengan tenang..
best rasanya, nak angkat mata pon tak larat..

rasanya gua bangun dalam kol 9 malam kot..
dari masuk tadi kol 2.30 ptg, bukaan sikit je, lama betul..
skarang sakit makin gila.. makin kerap..
nurse kasi gua gas, katanya kalo tak tahan sedut.. jgn tak sedut..
nasib baik ada kekasih hati yang meneman..
setiap kali sakit datang, tangan dia jadi mangsa..
dan kaka la yang selalu ingatkan gua untuk ingat Allah, dan berdoa..
lagi satu method yang gua rasa menjadi untuk gua, tiap kali sakit tarik rambut sendiri..
hehe.. nasib baik takde yang tercabut..

tahan punya tahan punya tahan..
sakit yang taktau nak ceghita la macam mana..
akhirnya lebih kurang kol 3 pagi kot, bukaan baru 10cm..
bayangkan dari petang, makan langsung tak, harap minum air je..
punya la lama, baru diorang pasang tempat letak kaki tu kat katil..
dalam hati, fuhh lega.. boleh setelkan seme cepat.. tak larat nak tahan dah ni oii!!

mula2 tu nurse je yang memproses gua..
tah apa dia buat dengan tangan dia tu.. gua tak perasan..
sakit kat perut ni lagi power..
bila kepala baby dah crowning baru doktor datang..
dan bila rasa nak berak, baru diorang suruh gua teran..

susah gila nak teran rupanya..
tu la, masa mengandung tak pegi kelas.. tak belajar..
tiap kali gua teran diorang cakap salah.. gua teran kat muka, bukan kat tempat sepatutnya.. hehe..
rasanya dengan tenaga yang makin nak abeh, dan kualiti teran yang tak bagus..
akhirnya dengan bantuan vakum baru baby boleh keluar..

bila dah keluar, diorang terus letak baby atas badan..
perasaan Allah je yang tau..

sementara diorang bersihkan baby, gua punya azab tak abeh lagi..
kena tahan diorang keluarkan uri dan proses jahit menjahit pulak..
lama gile.. sakit jugak la.. lama sungguh nak setel semuanya..

alhamdulillah, semua selamat..
cuma baby kurang nangis masa baru keluar sebab dia lalok..
mana tak lalok, gua sedut gas tu tak hengat dunia..
dia pon effect sekali..

maka, secara rasminya gua sudah jadi ibu..
HOORAYYY!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...