Apa akan anda buat jika situasi tersebut berlaku?
Subjeknya adalah aku..
Sungguh, sakit seperti urat² di dahi mahu putus.. (mungkin ditokok tambah sedikit, ☻)
Emosi mula mengganas, keinginan untuk marah objek @ manusia lain makin meningkat..
Perlu minum air sejuk barangkali untuk dinginkan emosi..
Punca tak pasti kenapa, tapi bila fikir balik mungkin sebab..
Datang kerja hari ni kerana terpaksa..
Patutnya cuti, tapi disebabkan satu perkara terpaksa hadir juga..
Bila kedamaian hari isnin yang dicari tak terjadi, mula la jadi macam ni..
Ubat juga tertinggal di rumah.. adus..
Dah la jeles dengan kaka, hari ni dia cuti dan dapat tengok movie dan main game kat umah..
Semalam beli otak2 kempas punya la banyak tapi tak sempat bakar, teringin ni!
Dah tu, semalam demam tiba2.. Tak teruk tapi kalau demam skarang ni kan bahaya..
Sebelum tu jumpa maksu yang baru sampai dari Sudan..
Imaginasi liar aku seperti biasa.. Kalau orang dalam flight dia tu ada penyakit yang glemer skarang tu macam mana?
Kalau tetiba aku kena kuarantin nanti?
Best jugak, tak payah kerja tapi kalau tahap bahaya maacam mana??
Ok, aku kena berenti sekarang sebelum banyak lagi alasan keluar kena aku sakit kepala/dahi yang teramat ni..
Imaginasi ni perlu dikawal juga.. Kalau tidak makin menjadi..
Tapi setidak-tidaknya kurang sikit beban bila terluah disini..
☻☻