Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 25, 2009

Jom pekena nasi kandaq! (takde kena mengena)

Seingat aku dulu, Kuala Lumpur semestinya tempat paling menarik dalam Malaysia..
Dengan KLCC, Mid Valley, malah Jalan TAR pon cukup menarik..
Tapi sekarang semua seronok dah hilang rasanya..
Pernah aku cakap dulu, sampai kami taktau lagi nak keluar ke mana..
Isk mungkin sebab dah tua..

Seperti sabtu lalu, seharian dirumah.. Keluar ke pagar pon tidak..
Ahad, rasa ingin keluar..
Sempat singgah di KLCC, tapi hanya untuk ke bank dan beli buku di Kinokuniya..
Sungguh tak ingat, dan tak paham mana pegi bestnya KLCC tu..

Kalau nak tau mana tempat yg aku suka di KL sekarang..

1) Jalan berdekatan Plaza Phoenix, tempat paling banyak oksigen bagi aku! Hahaha..
Maklum la hanya hutan batu yang banyak disini, bukan senang nak dapat udara segar.
Aku naik moto hari², tau la.. Dengan asap pusing² keluar dari moto, belum lagi asap mengalahkan jerebu dari lori atau bas.. Memang pening beb..
Jadi, bila lalu je kawasan tu, hidung akan dikembangkan sebesar-besarnya..
Rasa best lain macam tak tau kenapa! ☻☻

2) Dah berapa lama jugak aku dok cari, kedai bikin tosai paling sedap..
Akhirnya sudah jumpa! Kalau nak cuba, pegi ke Restoran Ali Maju..
Jangan salah faham, aku tak ada kena mengena dengan En. Ali @ En. Maju okey..
Memang roti tosai semua rasanya sama, tapi kuah yang berbeza..
Ada yang cicah sardin, kari, dal, tapi kuah yang tu jugak sedap..
Aku taktau apa namanya, tapi kaler kuning, ada ubi kentang.. Terbaek wok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...