Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, June 30, 2010

sauna free hari ni..

panas oo panas..
seharian aircond rosak kat ofis..
satu bangunan rosak.. adoi..

sebab takde mood nak buat keje, mari bercerita la..

weekend hari tu irfan buat suprise kat mak tok..
balik kampung tak bagitau.. hehe..
alhamdulillah, cuaca dah tak sepanas dulu..
nasib baik, kalo tidak nak pujuk mak tok pasang aircond la..

dapat gua merasa durian dengan rambutan kampung..
pergh, memang terangkat!

cukup la, balik 2 hari.. ada rezeki balik lagi..

baju melayu irfan pon dah beli.. yay!!
tak sabar nak kasi dia pakai..
payah sangat nak cari, last2 kat facebook jumpa..
lepas ni nak cari kopiah la pulak..
bakal imam muda.. hehehe

Thursday, June 24, 2010

malang, mana boleh bau..

pengalaman eksiden kereta, dah pernah.. (malas nak link entri dulu)
sampai sekarang tak drive lagi sejak hari kejadian.. hehe..

hari ni nyaris moto pulak..
nasib baik tak tergolek..

apa la punya malaun, main redah jalan orang je!
nasib baik kaka baru tukar brek, kalo tak cium jalan la jawapnya..
lutut kaka terlanggar jugak moto itu pakcik.. sampai pinggang pon effect..
ketaq lutut cek tau!

tapi nak marah pon tak guna benda dah jadi..
kita dah beringat, kalau orang lain buat palat apa nak buat..

nota kaki: tak pasal2 mak menjerit keluar suara nyah tadi! hahahaha

Wednesday, June 23, 2010

shaklee set B




hari2 telan..
kadang rasa macam nak tercekik..
tapi usaha tangga kejayaan, tak boleh ponteng!
baca lebih di sini..

biar lambat asal selamat?

tiap2 hari lalu jalan moto, mesti jumpa pakcik ni..
sebenarnya taktau la pakcik ke tak..

pakai moto besar, lebar, mahal..
pakai siap dengan jaket, helmet full face..
memang dah macho bergaya dah tu..

tapi..

bawak moto macam siput!

kitorang dengan moto lama tak seberapa ni..
dengan nak laju sangat tak boleh ni..
geram je!!

bukan geram apa, rasa satu hari nak mintak tukar la sama pakcik tu..
kesian moto dia nak gerak laju tapi tuan dok tahan2..
kalo dapat kat kaka tau la dia nak buat apa..
hehehehe..

Tuesday, June 22, 2010

sambung belajar?

sambung belajar?

dah banyak kali kaka sebut pasal ni..
katanya nak sambung kat oversea..
ajak gua sekali tentunya..
tapi masalahnya penyakit M stage ke-7
kalau kanser stage ke-3 dah bahaya, tapi penyakit ni lagi tahap puaka..

maybe kalau dulu terus sambung sehabis UNIMAS..
kadar kerajinan dan semangat itu masih tinggi..
tambah dengan status yang dah update sekarang ni lagiiii la liat..

kasi can biasiswa tu utk orang yang betul2 nak menimba ilmu..
kalau jadi, ummi dengan irfan nak teman walid je..
maklum la UK tu sejukkk.. best best.. ☻☻

Monday, June 21, 2010

my vacation

weekend hari tu irfan pegi kenduri uncle cas kat genting, best..
dah penat asyik kena dukung je, last2 dapat jugak meniarap.. atas meja pon ok la!
dapat jumpa dengan ramai sangat kawan walid, sampai tak ingat nama..
tapi yang paling ingat uncle anas.. ummi kata tak jumpa uncle faizal tahir, anas tahir pon ok jugak.. hehehe



malam irfan tido kat genting view.. walaupun tak sampai atas, tapi sejuk jugak tau!
irfan memang suka sejuk2, seronok sangat tido!!
ummi cover irfan dengan 2 selimut.. takut irfan selsema lagi..
selalu pukul 3 pagi kejut ummi nak main2, malam tu malas la nak bangun, sedap sangat tido..

mula2 sampai tu irfan nangis tak berenti bukan sebab apa, tak biasa lagi..
lama2 irfan ok la..



yang paling best, irfan ada kawan 2 orang.. khalish dengan auf.. nama sama dengan anak auntie yaya la..
tapi auf takde dalam gambar ni, takpe la.. lain kali boleh jumpa lagi.. :D



nota kaki: ummi, lain kali bawak la pegi oversea pulak! hehehe..

nota kaki 2: selamat hari bapa untuk walid! mmuuaahhh!!!

Friday, June 18, 2010

bukan sengaja datang lambat bos.. :D




dok sibuk layan budak bucuk ni punya pasal..
alasan ni agak2 boleh terima tak? hehe..

tunggu punya tunggu..

alangkah bahagianya apabila yang ditunggu akhirnya tiba.. hahahaha

macam soalan yang tanya sama Mommy Nasri semalam pasal pattern buang air besar baby..
katanya ok kalau baby fully bf jarang berak..
hem, sebenarnya baca2 artikel pon katanya ok dengan beberapa condition..

dan.. setelah hampir seminggu menunggu akhirnya irfan berjaya poopoo..
mak kata punya la banyak!!
mana taknya, 6 hari punya simpanan beb..
gua yg tak membuang hari2 pon takde la sampai dekat seminggu..
lega rasanya.. tapi lepas ni kena menunggu lagi la nampaknya..
sebab semenjak dua menjak ni irfan memang macam tu..
kebaikannya, kalau keluar jalan2 tak payah pikir mana nak basuh pulak nanti.. ☻☻

Wednesday, June 16, 2010

trip ke selatan

kalau dah buat keje last minute tu, mesti sampai hang jadinya..
disebabkan keje tak boleh buat, mari update blog..

balik dari trip selatan, demam.. tak best langsung..
sampai hari ni masih tak ok sepenuhnya..
masa kat sana irfan demam dan selsema, jadinya sangat cranky la..
nak berlama dekat rumah pengantin pon tak boleh sebab dah nangis..
nak tido pon tak nyenyak sebab hidung tersumbat..
adui.. kesian sangat..

yang bestnya kitorang tido dekat farmville, eh farmstay..
kawasan sekeliling penuh dengan pokok durian dan boleh makan sampai lebam..
free ye.. dengar je gedebuk buah jatuh, sila berlari ambil.. ☻
gua pon makan sampai lupa kang susu jadi perisa durian pulak..

part paling thrill ialah first time rasa susu kambing fresh dari ladang..
fresh yg gua maksudkan adalah seperti anda menggigit kambing itu sendiri ok..
bau dan rasa mmg bisa bikin muntah hijau..
takpe la kambing, susu tu kasi anak ko je la.. tak selera mak nak telan!

erm, minggu ni kenduri kat genting pulak..
pergh, memang takde rehat bulan ni..
baju tak basuh dah sebeban dah tu..
irfan, nanti tolong ummi lipat ek.. hehe..

Friday, June 11, 2010

3 dalam 1

cerita 1:

bulan 6 mmg mengamuk kenduri kawin..
esok akan berangkat ke selatan, sekaligus bawak irfan meneroka lebih banyak tempat..
hehe.. selalunya ke utara je..
tapi tolong la jangan terjadi insiden makanan beracun lagi..
sakit perut sampai sekarang masih ada saki baki..
nak makan sambal belacan pon pikiaq banyak kali..

cerita 2:

perkembangan budak 4 bulan..
meniarap tu biasa, air liur meleleh sampai basah sakan tu biasa, isap jari pon biasa..
rambut gua pon berguguran bagai dedaunan.. tapi belum ada tanda² nipis.. ok cool..
tapi kalau dah isap jari kaki apa cerita?? hahhaha

cerita 3:

bulan depan anniversary.. yay!!
cepat sungguh masa berlari..
bulan depan juga adik ipar punya kenduri..
hem.. rasa macam perlu cari baju ikut tema dia secepat mungkin..
alang² merangkap baju raya sekali..
mana nak cari baju melayu saiz xxxxs utk irfan ek? ☻☻

Sunday, June 6, 2010

4 bulan, yay!



anak ummi dah masuk 4 bulan.. yay!

hari ni irfan senyum la, ummi dengan walid yang kena cucuk, bukan dia..
almaklum kenduri banyak cuti sekolah ni, makan punya makan sampai kena cerry berry..
aduh, dia punya penangan memang terbaek.. lembik jadinya..
makan tak lalu, minum pun kurang.. nasib baik susu maintain.. alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...