mata dah bengkak.. nangis..
malam ni dah masuk 2 malam tido di wad..
virus yang popular diperkatakan tu, kena pada diri sendiri..
H1N1.. rasa macam tak percaya..
mula demam rabu lepas.. dapat mc 2 hari..
tapi makan ubat tak kebah jugak..
khamis malam, ke klinik lagi dengan harapan dapat mc lagi untuk jumaat..
sebab memang badan tak larat sangat..
tapi kata doktor kena check darah sebab sepatutnya dalam 48 jam, ubat yang kita makan dah berkesan..
jadi dapat referal letter dan kami pilih untuk ke SMC..
ambik darah dan buat throat swab..
petang tadi dapat result positive..
hanya Tuhan yang tau, betapa sedih bila nurse cakap baby tak boleh dekat..
nangis, bukan sebab penyakit tu..
seriously, badan rasa sihat.. cuma ada batuk, selsema dan pening kepala..
nangis sebab risau jangkit pada irfan dan tak dapat pegang dia selagi tak pulih..
nurse cakap mungkin seminggu kena tahan wad..
cuba bayangkan tak dapat peluk cium baby sendiri selama tu..
malam ni pertama kali tak tido dengan irfan.. *crying*
terpaksa pam je susu.. maybe siang je boleh direct feeding..
tu pon kena make sure tangan kena sabun betul2..
esok pagi baru jumpa doktor.. banyak soalan nak tanya..
aku perlu kekuatan ya Allah..