Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, August 30, 2010

stokin untuk keselamatan..

bersiaran dari kampung.. wuih.. seronot!

irfan tido, ummi nak main game jap sebelum sahur.. boleh gitu? ☺

nak tidurkan dia malam tadi, macam susah sikit.. asyik nak main je..
skarang dah takmo orang pegang2 sangat..
kerjanya nak round 1 umah, pegang2, gigit2, belek2 semua benda..
sampai la letih yang melampau dan tak larat bukak mata lagi..
dan.. nasib baik walid perasan something..

sebelum ni dah nampak kaki kiri ada merah (bawah sikit dari ibu jari)
ingat kena gigit apa2, letak minyak tak hilang jugak..

rupanya dah melecet sikit.. maklum la.. bergerak2 kan tolak pakai kaki..
kaki kiri la yang teruk sebab dok kayuh2, tolak badan..
adoi.. sakitnya.. kesian la pulak, nak bagitau sakit kan tak boleh..

ok takpe, lepas ni pakai stokin 24 jam ye..

Friday, August 27, 2010

baby dalam periuk



comey tahap gaban!

rasa macam nak buat kat irfan.. hem...

nota kaki: mood bekerja tinggal 2%.. lambatnya 4.30!

nak pasang lagu sudirman sekarang!



terima kasih kepada encek gugel dan tuan punya blog untuk gambar ini..

malam ni, akan bergerak balik kampung..

raya belum lagi.. memang..
tapi apa salahnya balik banyak kali kan?
rindu dah tahap maksimum, tambahan pulak bulan mulia ni..
dah lebih separuh bulan puasa, tapi sekali pon tak jamah masakan mak?

mana boley tahann!!

Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan

tup² dah 14 hari.. cepat sungguh..

ahad lepas, puas pusing jalan TAR, sogo..
dah settlekan baju raya irfan..
toklang irfan kat penang, dah sms.. 2 pasang dah beli untuk cucu dia ni..
baju melayu matching dengan walid pon dah ada..
campur dengan lagi 2 pasang ummi beli..
kopiah je takde lagi.. ☻☻

(baju sendiri takde lagi.. uuwwaa)

syok juga bukak puasa tepi jalan ni..
teringat zaman dulu²..
beli air, bukak puasa atas tangga depan sogo..
lepas telan air, sambung shopping lagi..

kalau nak tau, irfan dah try skill baru..


* skill tenung menusuk kalbu - untuk bukak tutup botol tanpa menggunakan tangan*


* tenung punya tenung tak jadi - try geget la pulak!*

Thursday, August 19, 2010

gedebuk!

pada suatu hari, di waktu sahur..

ada budak jatuh katil..

uwwaaaa!!!!

Wednesday, August 18, 2010

takde tajuk

baru abeh 'exercise'..
bulan puasa siang 'exercise' 2 kali je..
alhamdulillah, collection masih sama macam biasa.. cukup..
cuma, badan rasa lembik sikit.. kadang² lembik banyak..
kadang², tiba² mai pening kepala..

hari tu timbang, berat badan - lebih ringan dari sebelum kawin..
part tu gua suka.. jadi, lembik tak lembik sila tahan ye makcik! hehe..

nota kaki: takut jugak kang kecik sangat, dukung anak orang kata adik.. (macam kes itu hari..)

dah lama baru nak tengok.. :)




nota kaki: gua rasa budak ni ada aura..

nota kaki 2: ringtone dah tukar, pakai 'never say never'.. hihihi

nota kaki tangan: ni la jadi bila mak budak buat perangai

Monday, August 16, 2010

sejarah ramadhan..

teringat zaman sedang membesar..
berbuka, bersahur dengan keluarga..
tak perlu komen lebih, sungguh indah zaman itu! (rindu!)

teringat juga zaman baru abeh sekolah, sambung diploma di KL..
tempat tumpuan utama bulan Ramadhan, bazar Kg. Baru + Jalan TAR..
pegi mana pon semua naik bas.. hafal semua laluan..
nak raya, nervous takut tiket bas balik kampung habis..
nasib baik sekali pun tak pernah tumpang lori ayam.. hehe..

lepas tu, zaman berada di perantauan..
sambung degree kat sarawak..
sarawak je pon, tapi homesick nak mati!
badan mula susut sejak zaman ini, dah kurang chubby.. yang tu i like! ☻
nak cari bazar ramadhan, memang takde.. (atau ada tapi taktau kat mana)
yang ada hanya dalam kem tentera, isteri2 askar yang jual..
dapat la merasa makanan semenanjung..

abis belajar, zaman bekerja lebih kurang sama saja..
baru nak berjinak-jinak dengan dapur..
ada la jugak masak untuk berbuka dan sahur..
tapi 80% masih beli.. hahaha..

tamat zaman bujang, kali pertama berpuasa dengan suami..
sangat rajin bangun masak sahur setiap hari, jam 4 pagi..
almaklum baru kawin..
petang balik rumah berkejar masak jugak..
jenuh pikir apa resipi berbuka setiap hari..
kalau berbuka rumah mertua pon, makan sikit saja..
masih malu2 kucing.. har har har.. (sopannya.. anak sapa la ni!)

tahun lepas, kali kedua berpuasa bersama..
perut dah 4 bulan kot.. tak ingat..
masak dah kurang, alasan tak larat.. (mmg tak larat ok.. ☻)
puasa penuh alhamdulillah, tapi punya masalah 'heart burn' yang kronik..
seksa juga nak menahan..

tahun ni.. hem..
masak boleh kata tak langsung..
sebabnya, dok umah mertua.. balik keje semua dah siap.. (oh sunggu berdosa rasanya!)
weekend balik umah sendiri, tapi plan berbuka merata-rata..
puasa dengan adanya irfan, hem.. seronok..
cuma perlu minum air bergelen-gelen pada malamnya.. (walid suruh, hehe)
semalam, petang waktu berjalan kat bazar ramadhan setiawangsa..
rasa macam nak tumbang pon ada tiba2..
maybe irfan dok bergayut je kot.. (maknanya hari ni kena berbuka nasi 3 pinggan, air 3 gelen) ☻

nota kaki: apa2 pon, tak sabaq nak balik kampung merdeka ni.. rindu masakan mak!

Sunday, August 15, 2010

Tuesday, August 10, 2010

selamat datang Ramadhan..

seronoknya Ramadhan..

untuk peringatan (lebih kepada diri sendiri), jangan bazirkan bulan mulia ni..

jadi perlu amalkan mana2 yang mampu..

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

SELAMAT BERPUASA!

Wednesday, August 4, 2010

pada suatu hari..

pada suatu hari, gua singgah shell..
masuk dalam, teringin pulak nak makan cachos + aiskrim..

ke kaunter untuk bayar, disambut girang oleh cashier..
cashier bangla, pandai cakap melayu yg sangat peramah..

dia offer gua kad bonuslink..
free saja katanya..

gua pusing belakang cari kaka dimana..
nampak kaka sedang menghampiri..
tiba2 sang cashier tersebut tanya: "itu ayah ka?"

DENG!

soalan trivia:

1) gua yang kecik kah atau kaka yang besar kah?
2) adakah disebabkan gua beli jajan bermakna gua muda remaja?

nota kaki: gua tau saiz gua mini.. tapi still....... kecik ati!

setengah tahun sudah!

anak ummi dah 6 bulan hari ni.. yay!!

rasa sangat happy tahap gaban kerana berjaya melepasi garisan penamat yang pertama!!

rasa macam dapat pingat emas beb!

alhamdulillah.. what a great breasfeeding journey..

cabaran seterusnya, Ramadhan..
memandangkan belum dapat bendera merah, teringin sekali nak puasa penuh lagi tahun ni..
dan pada masa yang sama stok sentiasa available untuk si bucuk irfan..
Allah maha kuasa..

dah tanya pendapat kawan2 yg lebih berpengelaman..
ada yang:
* susu sedikit kurang
* anak tak berapa suka minum susu (susu cap ramadhan lain rasanya kot)
* rasa lebih penat

takpe, semua kita redah! malaysia boleh!


Monday, August 2, 2010

fraser's hill pulak..

minggu ni irfan cuti-cuti malaysia lagi..
n9, johor, pahang, dah jejak..
utara - kedah, penang, perak jangan kata la..
genting highland dah naik, kali ni fraser's hill pulak..



sebelum naik bukit fraser, irfan kena isi perut dulu..
ummi makan nasi minyak orang kawin, tapi irfan tak boleh ye..
emm... cedapnya!!



satu benda yang irfan ikut perangai ummi, air mata murah.. hehe..
lambat suap makan, buat muka sedih.. mata berkaca.. aduh! tak bley tahan..



percutian kali ni best.. awek irfan pon ada sama.. si comel alya..
oo.. pegang tangan ek.. bahaya ni!



gambar selingan.. TM banglo yang dipenuhi rama-rama di malam hari yang dingin..
accomodation memang baekk.. irfan suka sebab sejuukkk...



aktiviti malam, bbq beramai-ramai..
oh ya, penuh banglo TM tu sebab kitorang konvoi 7 bijik kereta ke sana..
bila dah siang, sesi bergambar sebelum pulang..
irfan seperti biasa, menjadi bahan penyek semua orang.. hehe..
sebab dia mesra alam.. tak kisah dipenyek.. ☺



makan budak!!



ok, bukti sampai bukit fraser..
kalau orang ajak lain kali mungkin pikir banyak..
pening woo jalan dia.. nasib baik tak uwek! ☺☺

kembali bertugas..

rasanya hampir 3 minggu mc..

hari ni kerja semula..

malas? yang peliknya hari ni rasa tersangat rajin nak buat kerja. semangat!!

tadi mak mertua cakap, irfan takmo susu sangat..
kenapa ek? sebab 3 minggu bergayut dengan ummi kot..
botol tak best ek sayang? hehe..

first day mencuba swing di pejabat..
erk, hasil pagi tadi macam kureng je.. takpe.. mood masih happy.. redha..
cuma, sebab memerlukan plug, port biasa iaitu bilik stor dah takleh guna..
surau pagi je boleh sebab takde orang..
jadi dimanakah projek tengahari dan petang nak dijalankan??
hem..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...