anak ummi dah 6 bulan hari ni.. yay!!
rasa sangat happy tahap gaban kerana berjaya melepasi garisan penamat yang pertama!!
rasa macam dapat pingat emas beb!
alhamdulillah.. what a great breasfeeding journey..
cabaran seterusnya, Ramadhan..
memandangkan belum dapat bendera merah, teringin sekali nak puasa penuh lagi tahun ni..
dan pada masa yang sama stok sentiasa available untuk si bucuk irfan..
Allah maha kuasa..
dah tanya pendapat kawan2 yg lebih berpengelaman..
ada yang:
* susu sedikit kurang
* anak tak berapa suka minum susu (susu cap ramadhan lain rasanya kot)
* rasa lebih penat
takpe, semua kita redah! malaysia boleh!