Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, August 16, 2010

sejarah ramadhan..

teringat zaman sedang membesar..
berbuka, bersahur dengan keluarga..
tak perlu komen lebih, sungguh indah zaman itu! (rindu!)

teringat juga zaman baru abeh sekolah, sambung diploma di KL..
tempat tumpuan utama bulan Ramadhan, bazar Kg. Baru + Jalan TAR..
pegi mana pon semua naik bas.. hafal semua laluan..
nak raya, nervous takut tiket bas balik kampung habis..
nasib baik sekali pun tak pernah tumpang lori ayam.. hehe..

lepas tu, zaman berada di perantauan..
sambung degree kat sarawak..
sarawak je pon, tapi homesick nak mati!
badan mula susut sejak zaman ini, dah kurang chubby.. yang tu i like! ☻
nak cari bazar ramadhan, memang takde.. (atau ada tapi taktau kat mana)
yang ada hanya dalam kem tentera, isteri2 askar yang jual..
dapat la merasa makanan semenanjung..

abis belajar, zaman bekerja lebih kurang sama saja..
baru nak berjinak-jinak dengan dapur..
ada la jugak masak untuk berbuka dan sahur..
tapi 80% masih beli.. hahaha..

tamat zaman bujang, kali pertama berpuasa dengan suami..
sangat rajin bangun masak sahur setiap hari, jam 4 pagi..
almaklum baru kawin..
petang balik rumah berkejar masak jugak..
jenuh pikir apa resipi berbuka setiap hari..
kalau berbuka rumah mertua pon, makan sikit saja..
masih malu2 kucing.. har har har.. (sopannya.. anak sapa la ni!)

tahun lepas, kali kedua berpuasa bersama..
perut dah 4 bulan kot.. tak ingat..
masak dah kurang, alasan tak larat.. (mmg tak larat ok.. ☻)
puasa penuh alhamdulillah, tapi punya masalah 'heart burn' yang kronik..
seksa juga nak menahan..

tahun ni.. hem..
masak boleh kata tak langsung..
sebabnya, dok umah mertua.. balik keje semua dah siap.. (oh sunggu berdosa rasanya!)
weekend balik umah sendiri, tapi plan berbuka merata-rata..
puasa dengan adanya irfan, hem.. seronok..
cuma perlu minum air bergelen-gelen pada malamnya.. (walid suruh, hehe)
semalam, petang waktu berjalan kat bazar ramadhan setiawangsa..
rasa macam nak tumbang pon ada tiba2..
maybe irfan dok bergayut je kot.. (maknanya hari ni kena berbuka nasi 3 pinggan, air 3 gelen) ☻

nota kaki: apa2 pon, tak sabaq nak balik kampung merdeka ni.. rindu masakan mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...