eh, hari ni jumaat. next week cuti seminggu. sangat heaven.
sudah semestinya balik kampung dan sambut angka 1 irfan di sana. uyeh!
tapi yang buat jadi macam hell sikit ialah terpaksa work from home.
ada kerja masih pending. adoihh..
beberapa minggu kebelakangan sangat la sibuk.
rasa macam YB pon ada. cuma tak perlu melawat kawasan saja.
nak cerita pasal irfan pon tak sempat, baca blog para mommies pon tak sempat.
irfan sekarang bukan main hero..
gigi sudah ada 4 dan hobi dia suka gigit tangan gua. orang lain dia tak buat..
gelak mengekek la dia kalau gua menjerit sakit. memang sakit wohh!
menjerit pon dia suka. pitching bukan main tinggi lagi.
dalam flight ke sabah hari tu baru perasan ada taik lalat baru.
irfan dah collect 2 taik lalat, satu kat dagu, satu kat lengan kiri.
jalan belum boleh. sangat malas.
pegang tangan suruh tatih pon malas. dia rajin kalau pakai kereta dia tu ja.
kalau dukung dia jenuh nak ikut kemahuan. tangan tunjuk sana sini sambil mulut membebel.
semua benda nak pegang, semua benda nak tengok.
yang paling gua suka kalau dia golek tangan tanda 'abis!'..
skarang sangat pandai ikut apa orang buat.
kalau kita garu kaki, dia pon nak tolong garukan..
kalau gua tengah picit kaki walid dia lepas tu berenti, dia akan tarik tangan suruh gua picit lagi.
orang batuk dia pon buat2 batuk. lawak.. lawak..
part paling membahagiakan seorang ummi adalah:
dalam flight balik ke kl dari sabah, irfan main acah2 dengan family mat salleh dari Australia.
diorang sangat berkenan sama irfan.
si ibu mat salleh tu cakap "he looks like my son when he was small".
PERGH! anak gua muka macam omputeh. hahahahaha
bila tengok diri sendiri dan hubby, sila geleng kepala. tang mana mat sallehnya? kui kui kui..