Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 3, 2011

selamat datang 2011

dah 3 hari masuk tahun baru, baru nak tulis. hehe..

hujung tahun dihabiskan dengan sungguh indah.
berada di kampung halaman, dengan mak ayah dan adik2 yang sangat happy sebab ada irfan.
nampak cahaya gembira di mata mereka, dah cukup buat gua bahagia.

tahun baru, kalau tak ada azam memang tak sah kan.
tapi awal2 lagi gua dah kantoi.
selain dari azam 'biasa' nak menjadi lebih baik dari yang dulu, gua berazam nak gunakan bio oil yang gua beli tu at least sekali sehari.
konon nak hilangkan stretch mark yang teruk tu.
tapi ni dah 3 jan, kat mana gua letak botol tu pon tak ingat. hehe.

takmo cerita banyak lagi, layan gambar je la.
hello 2011!


muka gembira sudah sampai penang dengan selamat. kesian ummi sakit badan 2,3 hari dukung irfan jauh punya pasal. ♥♥

.
nampak moncong molot tu? punya syok main buih..


jari merah tak merah, yang penting A.I.R


hip hoppers. thank tokwan belanja sweater baru (menggantikan yang hilang).. ♥♥


muka excited terlebih pemandu berhemah. ☺


ummi cepat ambik gambar! apa dia geram tah..


kat al-rawsha. muka boring tunggu kitorang habeh makan.


ops! nampak pewot..


gambar paling gua suka. susah nak snap, dok tak diam sbb tak suka ada benda kat kepala..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...