Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 25, 2010

cerita terbang

alhamdulillah, selamat sampai ke pulau pinang lebih kurang 8 pagi krismas ini..

lega yang teramat sangat, sebab berjaya harung cabaran hebat. penat mak!

dah la sampai airport lambat, patut sejam sebelum kan..
jenuh rushing ke kaunter utk boarding pass. kalo awal boleh pakai kiosk je, senang.
dah dapat boarding pass, dengar pengumuman cakap panggilan terakhir utk penerbangan tu.
pergh, cuak la kejap. salam dengan kaka pon tak sempat.

rempit masuk dalam, scan beg, sedia nak mengatur langkah ke gate pelepasan.
mak datok, gate yang paling hujung la pulak.
dengan dukung budak 9kg, campur beg dan handbag, terkengkang2 gua.
tunjuk boarding pass, encek tu cakap cepat sikit ye.

berat tak hengat dah ni.
nak ke tempat masuk flight tu, jugak yang paling hujung ok. diulang, paling hujung.
tangan sesungguhnya rasa nak tercabut.
sebab tak tahan sangat, gua dengan tak malunya mintak tolong sorang mamat ni angkat beg.
nampak macam askar je. gua sempat tanya, nak ke miri katanya.
dah sampai dan ucap terima kasih, kena la angkat beg naik tangga flight pulak.
sampai atas pramugari ambik beg, dan gua selamat ke tempat duduk.
lega ya ampun!! seperti biasa tempat duduk mesti kat sayap.
dan time tu la gua perasan, sweater irfan yang baru beli tu tercicir. sayangnya!!!

nak take off dah tak lama sebab gua masuk pon dah lewat.
alhamdulillah, irfan ok. kasi nenen tido la dia.
duduk tak lama, tiba2 dah announce flight nak landing.
cepat gila rasanya. tak sabar gua nak turun. tapi terfikir dem, nak kena angkut beg keluar pulak.
lenguh tangan tak hilang lagi.

agak lengang sikit gua letak irfan duduk kejap, gua bangun cari beg.
pastu nasib baik ada couple ni nampak gua dukung anak dorang offer nak angkatkan beg.
semua nyiru gua cepat2 tadahkan. memang penyelamat la korang berdua ni!
irfan pulak buat muka comel, asyik pandang je penyelamat kami tu.
dorang pon seronok dan puji2 irfan comel, tanya umur berapa, nama apa semua..
dan bila dah keluar gua memang rasa macam nak peluk je minah tu. pakwe dia tak la.. hehe..
sangat berterima kasih tak terhingga! semoga Tuhan merahmati kamu berdua.
pertolongan tu memang gua akan kenang sampai bila2..

dan seterusnya, paklang gua sampai dan selamat sampai rumah dorang sementara tunggu mak ayah ambik petang sikit..

sebenarnya ada lagi.
nak menambahkan thrill perjalanan hari ni, sebenarnya dari lcct lagi gua rasa nak memerut.
punya la berdoa jangan datang angin tak tahan tu.
dah la kalut, nak p toilet macam mana. adoih!
nasib baik tak terjadi perkara tak diingini. hehe..

sekarang, gua dah boleh bersuka ria kat kampung tercinta.
irfan dah tido kepenatan. kejap lagi gua nak join.

cuma yang ralat, tak sempat langsung nak keluar kamera ambik gambar irfan dengan kapal terbang. first time ni! dengan ummi sorang pulak tu! sampai senget2 ummi terpaksa dukung dia lagi! hihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...