Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 3, 2010

peringatan bersama..

kelmarin, pagi on the way ke office.
mat/minah rempit ni baru nak memulakan perjalanan.
tiba² ternampak sesuatu di tepi pokok. oh, beg.
ya, beg yang dah diragut. dicampak disitu.
kami berhenti, bukak dan ya ada ic, lesen, kunci dan kertas².
barang berharga sudah semestinya dah alhamdulillah.
kemudian, kami teruskan perjalanan sambil berfikir-fikir nak report polis atau apa..

malam, setelah hafal jalan dari google maps, kaka ajak ke rumah tuan punya barang.
niat di hati nak pulangkan sendiri. leceh nak report polis.
tapi kalau la tak jumpa rumah, atau rumah tak boleh ketuk sebab ada anjing, kami akan buat report juga..

tak susah pon, maklum la ada gamin dalam kepala (puji sket!), kami jumpa rumahnya.
tak ada anjing, loceng ting tong pon tak ada. nasib baik pagar tak kunci.
kaka masuk, panggil² akhirnya tuan rumah keluar.
borak² kejap, barang dipulangkan.

ya, dia memang kena ragut.
kesian, aunty berusia 56 tahun diragut. lutut kena parang.
4 orang india katanya.
seram sejuk gua. nasib baik dia hanya luka.
beg yang kami jumpa bukannya gucci atau LV atau coach. hanya beg yg dah 'buruk'.
duit dia kata hanya ada rm50.
tak tau nak cakap apa, kalau dah nasib tak baik..

moral of the story, jangan bawak banyak cash, barang berharga ke sana sini.
kalau pakai seluar lebih senang, sumbat semua dalam poket.
pakai je handbag buruk, at least kalau hilang tak ralat.
jangan melawan orang jahat tu, bimbang diapa-apakan..

mintak dijauhkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...