Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, January 7, 2011

terima kasih

akhirnya habis jugak tengok grey's season 6.
selagi tak habis, selagi tu asyik tido lambat lepas tu mata rabak kat pejabat.
emosi gile walaupun lakonan semata-mata. haha!

best tengok masing2 dah jadi doktor sebenar. cekap dan bukan lagi intern.

teringat masa baru masuk keje dulu.
budak habis U yang takde pengalaman keje langsung.
keje KFC pon tak pernah.

nak angkat call pon takut sebab taktau apa nak jawab. punya la teruk!
gua dapat pulak tempat yang 'hot'.
perlu berurusan dengan ramai orang, seluruh malaysia, lagi la ketaq.

sementara nak mahir, mesti belajar dengan senior kan.
entah berapa kali gua tension2, tapi seingatnya tak pernah menangis kot.
tension sebab orang buat muka menyampah kalau kau tanya banyak sangat.
mungkin bengang kenapa budak ni lambat tangkap sangat kot.

sekarang gua dah mahir. rasanya la.
kerja dah nak masuk 5 tahun 2011 ni. masih kerja yang sama dan tak berkembang.
tak mahir jugak taktau apa nak cakap.

tapi ada seorang ni, baaaanyak berjasa.
seingat gua dia tak pernah buat muka bengang kalau gua banyak tanya.
di kala gua rasa susah, buntu, dia banyak menolong.
walaupun dah lama tak bekerja bersama, gua masih ingat dan berterima kasih dengan pertolongan dia.
rasa macam kakak sendiri.
rasa terhutang budi ada jugak, sama macam gua masih ingat pertolongan couple yang baik hati tolong angkat beg kat airport hari tu..
betul, besar impaknya kalau kita buat baik dengan orang.

rasanya dia baca, mungkin.
my sister, tahniah sebab dah tercapai semua impian.
walaupun nanti jauh, harap2 tak terputus hubungan. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...