dah lebih 2 minggu perasan ada biji kat belakang kepala irfan.
kanan ada 3, kiri ada 1. campur ada merah2 gatal..
tapi lama tangguh nak ke klinik, sebab dia nampak ok. sihat sepenuhnya.
kalau tekan biji tu pon dia rileks aje.. cuma sesekali dia garu..
jumaat lepas baru bawak ke klinik..
tapi sebab bukan pakar, doktor tak sure apa sebab jadi dapat surat untuk jumpa pakar DEMC.
sabtu, dapat jumpa Dr. Ahmad. Doktor Pakistan yang pandai cakap melayu. ☺
keputusan:
Alhamdulillah, takde apa yang serius.
based on apa yang aku faham, kat badan kita ni banyak lymph nodes.
cuma kalau ada infection, dia akan bengkak.
sebab saiz bengkak irfan kecik, <1cm jadi tak perlu risau.
yang bahaya kalau >2.5cm pelu buat ujian darah, ujian macam2 dan minor operation.
boleh ada kaitan dengan cancer jugak..
lega! kami bawak balik krim gatal je, dan ada follow up lagi 2 minggu.