Monday, April 4, 2011
4/4/2011 - 14 Months
wah, nampak dah besar irfan..
cuma sedikit sedih sebab mungkin tak teruskan bf sampai 2 tahun.
kalau google, banyak blog/forum cerita pasal tandem nursing.
apa2 pun kena tanya doktor dulu boleh tak teruskan.
setakat ni masih, cuma makin seksa sbb tut semakin sensitif.
gigi pulak nak tumbuh lagi 2. kena gigit memang nangis la!!
hari tu pegi klinik doktor bagi sample susu. anmum essential.
tak penah bagi lagi, tapi kalau la irfan suka yang ni. jenuh! punya la mahal harga dia..
sekarang ada jugak try bagi susu dutch lady macam aneen cakap.
cerita pasal perkembangan, irfan mula pandai jalan waktu 13 bulan.
sekarang dah pro jugak, tapi tak reti jalan kalau pakai kasut. kenapa tah.
kitorang plan nak belikan basikal sebab nampak minat sangat.
pantang nampak mainan masuk duit tu okeh.
kalau kat mall terpaksa jauhkan diri dari tempat tu kalau takde syiling.
minat sangat tengok raja lawak. siap gelak macam paham.
minat sangat jugak lagu ana raffali jangan pegang² tu.
minat tengok bola dan iklan.
pantang nampak vroom vroom. suka sangat naik moto.
pantang nampak air. rajin mandi tak macam ummi. hahaha.
banyak lagi la, tapi penat nak taip.
dah besar anak ummi.
tak sabar la nak balik cium dia la!