apa cerita?
dah bersawang blog ni.. apa la yang busy sangat.. ☻☻
hari ni baru boleh menaip dengan tenang. semua kerja dah submit.
harapnya minggu depan relaks sikit.
macam mana cerita baby?
baby irfan, seperti biasa sentiasa menggembirakan hati ummi..
cabaran memulakan FM, mudah..
sekali try terus mau.. memang sayang dia lah!
kami cuba bagi Dumex, sebab ada anak member minum..
jadi kalau irfan reject tak la membazir susu tu..
tapi alhamdulillah, MIL kata takde masalah. minum dengan jayanya. yay!!
susu ummi? memang terlalu sikit.
walaupun dah malas nak pam tapi masih gagahkan diri pam sekali di pejabat.
waktu malam masih biarkan irfan melekat sebab nampak gaya bukan nak susu sangat pon.
ubat tidur dengan ubat manja dia aje..
cerita adik irfan pulak, rasa macam tak sabar nak tunggu gerakan.
sebabnya, baru rasa presence kalau macam tu kan..
sekarang baby bump pon belum ada, jadi rasa macam biasa aje.
cuma masalah lapar tak larat nak layan.
semalam pukul 1 pagi ketung ketang kat dapur nak masak bekal ke pejabat..
dan rasanya lepas ni kena selalu buat.. biar nampak nasi selalu depan mata baru boleh settle masalah lapar. hehehe.. kronik sungguh!
esok nak masak mee kari. yum!!
entah kenapa, tekak rasa nak makan masakan sendiri. kalau dulu masak tak larat campur malas! hehehe
dah dekat pukul 5, jom balik!
petang ni nak bawak irfan ke klinik sebab macam ada biji kat belakang kepala.
harap2 takde apa2..