hello 2012. (lambat 16 hari nampaknya)
hari ke-2 aku bekerja untuk tahun baru.
hari pertama, menangis jugak tinggal pakwe kecik. ingatkan hati kental, rupanya tak. ☺
hari seterusnya tak nangis dah.. hehe..
apa perancangan 2012?
1- menyambung semula rutin usung beg dengan ais batu di dalamnya. sangat bersemangat apabila melihat hasil yang lebih meriah dari dulu. alhamdulillah, rezeki dari Allah..
2- mahu bekerja dengan lebih komited. cewah! jadi sebagai pembakar semangat, wallpaper perlu ditukar segera (semestinya gambar pakwe 2 orang itu). bila dah komited tu, kerja boleh siap awal, balik pon awal.
3- mengurus masa dengan lebih baik. supaya dapat luangkan masa berkualiti dengan anak² dan semua keperluan lain juga tip top. (contohnya, baju kerja cik abang yang ber-iron berderet di almari dan baju² yang dibasuh tidak membentuk pergunungan).
semoga semuanya menjadi. amin!