pada suatu hari..
kami ber-empat pergi ke Giant untuk menghabiskan duit sambil irfan bermain helicopter berjoget secara percuma.
selepas membeli belah ala kadar, kami keluar dan aku ternampak gerai menjual baju bayi.
aku berhenti untuk melihat dalam beberapa saat, kemudian teruskan perjalanan.
tahu apa komen encik suami?
"dulu kalau irfan semua beli, untuk adik takde pon" (lebih kurang beginilah)
sampai sekarang benda tu bermain-main dalam kepala..
pada ketika itu, sebenarnya tak ada baju yang berkenan di hati. (sebenarnya tak belek sangat pon)
aku rasa adik masih kecil dan akan cepat membesar. kalau beli baju yang muat sekarang, dia tak akan pakai lama.
sebab itu sekarang banyak baju adik hanya recycle dari abangnya.
berbeza benar sewaktu anak pertama.
jadi persoalannya, adakah aku tak sayangkan adik jika tak memanjakan dia dengan baju² baru?
jahat betul persoalan ni. walaupun nampak remeh, tapi mengganggu naluri ibu tau.
ada masanya, bila aku sibuk melayan irfan manakala irsyad hanya berbaring di tilam cakap sorang², tiba² rasa sedih akan datang.
cepat² aku akan dukung adik.
dan bila aku asyik menyusu adik, dan irfan pulak dok tengok tv sorang², sedih jugak.
cepat² aku letak adik, dan peluk irfan pulak.
sedih tak tentu hala ni pun susah.
sebab itu azam tahun baru, nak menguruskan masa dengan lebih baik. terutama masa dengan mereka berdua. dan ops, jangan lupa pakwe lagi sorang tu. kang merajuk pulak dia.. ☺