gigih.
sifat yang perlu dimiliki oleh semua manusia sekiranya mahu mencapai sesuatu.
contohnya:
*kalau tak ada kegigihan untuk membuang sifat liat nak solat 5 waktu, lagi seronok la syaiton bermaharajalela. sampai manuasia boleh lupa betapa besarnya dosa meninggalkan solat.
*kalau tak gigih nak berhenti tabiat merokok, sampai bila² la gigi tu akan kuning dan paru² hitam legam. tambah lagi dengan buang duit dan membahayakan orang lain jugak. (ditujukan juga kepada encik suami)
bagi aku, motivasi untuk gigih setiap hari mengusung beg berisi encik med-ela adalah kerana mengingatkan itu satu²nya makanan anak. kalau ikutkan hati, MALAS nak termenung tunggu botol penuh. mujur aku berjaya harung setahun 2 bulan untuk irfan, dan kini bersedia untuk adiknya irsyad pula..