Kalau mood malas datang..
Badan tiba2 sakit sana sini..
Tiba2 sakit perut, sakit kepala, sakit otak..
Kepala ligat fikirkan alasan taknak datang kerja..
Bila dah dengan jayanya tak datang kerja, senyum sampai ke telinga..
Badan tiba2 kuat, rasa macam bisa berlari marathon tanpa henti..
Selepas sarapan, mata berat. Betul, perut kenyang senang hati..
Layan cerita di tv sambil main game di laptop.. Sungguh asyik!
Mula masak hanya pada jam 3 petang, mesti siapkan sebelum suami balik..
Gila, rasa seperti suasana bulan puasa.. Seronok!
Yang tak sama, makanan boleh dirasa.. ☻
Pendek kata, hati membuak-buak ingin apply kerja baru..
Jawatan: Suri Rumah Sepenuh Masa.
Nota kaki: Tapi kalau kerja ni pon boring juga, senang nak resign tak? ☻☻