Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 1, 2009

Orang cakap gosok gigi 5 kali sehari takmo dengar..

5 kali mungkin melampau..
Mungkin akan menghasilkan gigi putih melampau macam Ross dalam salah satu episod Friends..
Malangnya, dengan gosok gigi 2 kali sehari aku masih dapat masalah..
Masalah gigi yang dah lama aku ignore ni semakin tak dapat dielakkan..
Aku selalu sakit kepala hotak..
Belah kiri, di mana gigi tersebut berada.. (aku syak itu la puncanya..)
Lubang yang ada mengalahkan lubang yang terbentuk akibat jatuhan meteor..
Setiap kali makan memang maha tidak selesa..

Tapi kena tangguh?

a) Aku takut klinik gigi kerajaan kerana reputasi buruk mereka satu masa dahulu. (flashback ketakutan yang teramat di zaman sekolah, ngeri!!) Walaupun dapat confirmation ramai pihak, tak sakit, depa ok dan sebagainya aku masih ragu²..

b) Klinik yang aku penah pegi ni ok dan mahal. Tapi dek kerana terlalu mahal, aku lebih sayangkan duit dari gigi sendiri.. (adakah pilihan aku tepat????)

Walaubagaimanapun, aku dan eja dah berjanji untuk sama² berjuang ke medan perang esok. Akan aku gagahkan diri ke KLINIK KERAJAAN untuk menyelesaikan masalah ini!!

*Tengah semangat!! takut malam ni tak bole tido!!*


Gambar: Dah berapa tengkuk manusia dah digigit neh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...