Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, April 2, 2009

Selepas selesai perang..

Jam 8.34 pagi. Sampai ke stesen Putra Bangsar.
Di kejauhan, sayup² sudah nampak kawasan perang tersebut.
Cuak.

Disebabkan ada kawan, aku gagahkan.
Kalau seorang diri, confirm aku patah balik ajak kaka breakfast je.

Kami berjalan.
Dalam hati memang cuak, rasa macam nyawa akan melayang tak lama lagi. (Imaginasi tak terkawal)

Masuk, register hanya RM 1.

Benda murah, biasanya tak berkualiti.
Contoh: beli handbag di Uptown harga RM30 dengan jenama yang sama RM300 di KLCC.
Mesti RM300 lagi tahan lama.
Adakah dengan RM1 anda akan dapat layan first class? Mungkin tidak.
Macam mana kalau dia main jolok mulut aku sesuka hati? (Imaginasi liar lagi)

Aku mula sakit perut. Dapat nombor giliran keramat. 15.
Duduk saja dah nombor 10. Oh no!!

Terpaksa ke tandas. Kena keluarkan nervous tu secepat mungkin!

-------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya, setelah puas baca doa dalam hati tatkala sedang baring, gigi tersebut berjaya diselamatkan. Tak perlu cabut dan tak sakit langsung. Harap maklum.

Bayaran servis hanya RM2. Hari² tampal pon tak apa.. (Berani dah wei!)

Cuma aku nak cerita perbezaan klinik swasta (DentalPro) dgn kerajaan:

1) Klinik swasta:
- Dapat layan tip top, dekorasi klinik gile cantik, tak macam klinik pon.
- Doktor sangat peramah.
- Peralatan canggih, siap boleh tangkap gambar gigi sebelum dan selepas.
- Consultation fee saja mahal nak mampos. ☻
- Masa untuk proses gigi agak lama, jadi end result lebih kemas.

2) Klinik kerajaan:
- Layanan ok, dekorasi sendiri mau ingat.
- Doktor ok.
- Peralatan ok. Cuma ada partition sahaja, kalau orang sebelah menjerit tentu orang sebelah lagi cuak punya.
- Murah dan senang kira.
- Proses repair gigi cepat, mungkin sebab ramai yang queue. End result agak kurang kemas.

Sudahnya, skarang aku terpaksa makan sambil kepala senget ke kanan.
Risau makanan kacau jiran sebelah sana. Adoi.. seksa!!

*Semua hanyalah pendapat saya hamba yang hina*
*Tidak ada kena mengena dengan mana² doktor gigi seluruh dunia*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...