Bulan ni rasa macam aku kurang merapu dalam rumah Aku Punya Kamu ni..
Mungkin kerana terlalu banyak konflik dalaman..
Terlalu banyak kutuk bos hingga hilang ilham barangkali..
Terlalu banyak berfikir tentang kehidupan, kerana ini tidur aku sering bermimpi aneh.. (Baru² ini aku karate kaka dalam tidur, mimpi berlawan raksasa mungkin.. ☻)
Rasanya sekarang aku dalam mode "terlalu"!
Terlalu mengharap, terlalu terbeban!
Amat payah untuk diceritakan.. (mengeluh..)
Tapi aku berjaya merasai dua perasaan serentak hari ini..
[Sedih + kecewa] berlawan dengan [gembira + terharu]
Balance la jadinya!