Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, July 30, 2009

Takdir lagi kah?

Hari ni hari ke-4.. Setakat ni semua selamat..

Tapi semalam, ingat dah berjaya mengelak bencana..
Dah sampai depan rumah, dah bukak pagar..
Niat murni hanya nak buka pintu kereta..
Tiba-tiba..
Patah pulak!!!!

Apa kena dengan aku ni!!

Tuesday, July 28, 2009

Takdir, jadi harus terima..

Baru hari kedua, lampu signal dah pecah..
Typical woman driver! huh!

Monday, July 27, 2009

Minggu ni gua bujang lagi..

Gile, hari ni gua drive datang keje..
Tak penah gua buat selama ni..
Leganya ya rabbi, selamat jugak sampai..
Mungkin sebab deoderant lelaki yg gua pakai ni membantu kot..
Bau macam kaka ada kat seblah..
Ke sebab terdesak?
Entah!

Wednesday, July 22, 2009

Banyak dalam satu

Adui, tak dapat nak describe perasaan bila baca ni: http://tasikmerah.blogspot.com/2008/06/mengandung-dan-menyampah.html
Risau jugak.. kena cari pil sabar untuk stok 6 bulan lagi..

Hari tu first time jejak kaki satu kedai ni..
Orang biasa takleh masuk, atau takde keje nak masuk, atau ngeri nak masuk.
Nama kedai: "Modern Mum".
Orang kata harga dia garang sikit..
Tapi gua rembat jugak 3 helai..
Cewi beb, first time la katakan..
Tapi belum mau pakai lagi, tunggu la..

Mencabar jugak jadi isteri yang ditinggalkan akibat outstation..
Lebih mencabar lagi kerana utk ke destinasi terpaksa naik semua public transport yang ada..
Lepas naik ni, tukar yang tu, lepas tu kena tukar lagi..
Adeh, penat.
Tapi untuk membuktikan pada dunia yang gua cekal, tabah dan telus..
Takde hal la! ☻☺

Friday, July 17, 2009

Tips menarik untuk aku..

Artikel ni panjang lagi.. tapi part ni untuk aku..

Additionally, make sure you’re taking “me-time” to center yourself and focus on your body’s interactions with your baby: listen to relaxing or inspiring music, read good books, think happy thoughts, you know, all the mentally stimulating stuff that puts you in a good mood and makes your pregnancy feel like a positive experience. In other words, watching international news isn't recommended. The better you treat your body and emotions now, the healthier and happier your child will be once “they’re on the outside.”

Listen to relaxing music - erm dengar orang mengaji lagi bagus kan?

Read good books - kadang2 malas sangat la.. macam mana..

Think happy thoughts - Ni tricky sikit, aku tak sure happy sangat atau tak tapi tak pulak sedih.. Kalau tiba² rasa nak marah benda² tak masuk akal tu, macam mana pulak.. erm..

Part last tu yang best, maybe international news banyak cerita perang² kot.. Kalau selalu tgk channel AFC, AXN, HBO dengan Star World ok tak? hehehe.. Layan cite Grey Anatomy dengan House selalu, mana tau anak minat jadi doktor nanti.. ye tak?

Wednesday, July 15, 2009

Hello dunia..


Umur saya dah 11 minggu.. Yay!!

1

12 July 2009, 3 hari yang lalu. Kalau diimbas tarikh yang sama tahun lepas, time tu aku tengah gelabah menanti di masjid, peluh2 dengan baju yang berlapis-lapis dan bukan main posing depan kamera yang bergitu banyak bilangannya..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang pertama sayang..

Hanya Tuhan yang tahu betapa bertuahnya aku dengan jodoh yang diberikan..

Harapan.. Kita dapat sambut mungkin 50 kali lagi ulangtahun..
Kalau umur panjang.. Amin!

Friday, July 10, 2009

Posto, posto!

Warkah untuk Zati.. (hahaha)

Terima kasih banyak ye kawan..
Aku dah bedal separuh bekas tadi..
Nampaknya, aku tak perlu heret cik abang balik kampung dalam masa terdekat semata-mata sebab dot dot dot..
Memang puas hati..
Cuma skarang aku malas nak pegi toilet, takut meninggalkan aroma yang 'membangkitkan' suasana tu..
Betul kata orang, kenyang perut senang hati.. hehehe..
Kirim salam kat mak ko + cakap terima kasih daun keladi..

Thursday, July 9, 2009

Cumelnyaaaaa...


Ini anak Kak Elin, umur baru 3 bulan..
Nama dia Auni Firzanah a.k.a Fifi
Muka macam abang dia, Firman..
Bestnya tgk dia tidoq! Geram!

Lagi lagi petai..

Macam ni kot rasanya mengidam..
Selalunya kalau teringin nak makan sesuatu, tp tak dapat..
Boleh je ganti dengan benda lain..
Selalunya jugak, bila dah kenyang terus lupa pasal benda nak makan tadi tu..

Tapi bab sambal petai ni, hari ni masih teringin+teringat..

Kalau la dapat balik kampung hari ni jugak..
Kalau la mak boleh pos je se-tupperware untuk aku..

Ok la, utk menyedapkan hati sendiri..
Aku akan cuba buat sendiri dulu..
Kalau still tekak+perut tak terima..
Bang... jom balik SP sekarang!!!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Nak sambal petai mak buat!

Hari ini dalam sejarah, aku ada kat ofis lagi walaupun dah dekat pukul 7..
Kalau tidak, tak cukup time lagi dah blah balik dah.. ☻

Boring, kena tunggu kaka habis meeting..
Gila, meeting start pukul 5..
Waktu kerja sampai 5.30 sahaja ya anak²..
Kalau rajin balik lambat pon bukan dapat naik gaji atau naik pangkat..
Kalau nak dapatkan pahala lebih pon bukan balik lambat sekadar layan blog, movie atau sebarang aktiviti tiada kaitan dengan kerja.. hehehe..

Boring lagi, ym kawan yang nun jauh di Jepun..

Borak sikit je sebab dia nak mandi lepas tu nak masak..

Dia kata nak masak sambal petai + ikan salmon goreng tepung.
Huwaaaaa!!!! Aku nak!! Aku nak!!!

Eno halia takde, teh halia pon bole jugak..

Di sebuah restoran:

Aku: Bagi asam pedas ikan pari 2..

Pelayan: Akak nak set ke asam pedas saja?

Aku: Set..

Pelayan: (angguk)

Aku: Lagi, mintak kailan goreng dengan telur dadar ek..

Pelayan: (angguk lagi sambil catat)

Aku: Air pulak kasi teh halia satu, air mata kucing satu..

Pelayan: Itu je kak? Saya ulang order ye.. bla bla bla..

---------------------------------------------------------
Selepas beberapa lama menunggu, air yang kami order sampai.

Air mata kucing letak depan aku, teh halia depan kaka.

Haha.. tipikal betul, air panas mesti kasi lelaki.. kenapa ek?

(Sebenarnya sbb perut masuk angin je aku order air panas tu, kalau tidak hentam ice lemon tea ar.. hehehehe)

Friday, July 3, 2009

Nasib baik apa yang aku fikir orang lain taktau..

Banyak benda yang buat aku annoyed.
Kenapa ni?? Adoi..

Tolong la berenti risaukan aku. I'm not a damn child anymore! Just about to have one ni tau tak? Ada sorang je yang boleh risau terlebih pasal aku iaitu suami aku! (ha.. jangan sampai aku speaking london.. marah betul ni!)

Susah nak explain la, bukan tak menghargai orang yg risaukan aku tu. Tapi terlebih sangat. Please ok! Mmg buat aku rasa menyampah tahap b*b1!

Ada masanya aku menyampah dengar ringtone orang. Gile tak? Aku dah makin rasa tak masuk akal. Tapi yang tu pon aku menyampah. Dah la terhegeh-hegeh nak angkat telefon dia tu, bunyi macam hampeh! Takkan aku nak p cakap kat dia, "please change your ringtone, or else.." Gangster gila la pulak.. Jangan terasa ya kawan², bukan telefon anda.. ehehhehe

Ok la, lepas dapat tulis ni rasa lega sikit.

Nota kaki: Apa aku boleh buat untuk coolkan diri ek?

Thursday, July 2, 2009

Fakta rawak

1. Aku dah bosan dengan blog, bosan dengan warna hitam. Jadi tukar mana yang sempat.

2. Mood macam roller coster ok. Mmg kena banyak tarik nafas. Contoh: tadi tekan lif, tak sempat nak bukak habis org kat dlm dah tekan tutup. Aku tekan balik, terbuka, masuk. Hangin je aku ngan pakcik tu. Ingat lif ni ko yang pasang????????

3. Dah banyak kali masuk sini, create new post, cancel, create new post, cancel. Bosan la!!

4. Tabiat makan biasa, masih macam harimau.

5. Perut dah buncit, tp maybe bukan sbb tu kot. 2 bulan dah besar mana? tak tau.. kemungkinan besar sbb makan 5,6 kali sehari.

6. Scan kat klinik hari tu dah nampak jantung baby berdenyut ok.. best gile!

7. Semalam, aku rasa bersalah gile tak bangun kasi orang mengandung duduk dalam tren. (Aku pon mengandung jugak, tapi perut tak nampak lagi, tapi aku pening kepala kalau berdiri.) Rasa bersalah sampai sekarang, dan rasa orang sebelah aku yang bangun utk dia memang baik gile..

8. Skarang aku tengah fikir kejap lagi nak beli apa untuk dinner. Menu banyak gile dalam kepala hotak. Kesian adik ipar aku kena layan. (Note: Abang adik ipar aku tinggalkan aku, pegi Tawau tak ajak.. huwaaa!!!)

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...