Tadi berpeluang dengar ceramah Dato' Ustazah Siti Norbayah..
Kena tulis, nanti tak ingat..
4 amalan yang perlu diperbanyakkan pada bulan Ramadhan:
1) Zikir yang sempurna [maknanya secara sembunyi, jangan zikir kuat² nanti riak..]
2) Banyakkan beristiqfar
3) Banyak berdoa, mintak syurga dengan Allah [cita² kita, syurga paling tinggi, syurga Firdaus]
4) Banyak berdoa dijauhkan dari azab api neraka
Aku baru tau, waktu doa paling mustajab ialah waktu buka puasa. Jadi, tak cukup la kalau setakat bismillah, doa buka puasa/doa makan ala kadar lepas tu ngap! Rugi wo..
Lagi satu, golongan yang takkan dapat fadhilat Lailatul Qadar ada 4:
1) Orang yang minum arak
2) Orang yang tak bertegur sapa dengan saudara/kawan lebih dari 3 hari
3) Orang yang putuskan hubungan silaturrahim
4) Anak yang derhaka pada ibu bapa
Ada lebih kurang lagi 10 hari je nak puasa ni.. sempat lagi kalau nak buat.. jom!