Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 16, 2009

dam dam dam dum.. bunyi mercun..

Saat dan ketika ini, mata aku mmg tak larat diangkat..
Macam ada makhluk yang lompat² atas kelopak mata ni, suruh pejam sekarang juga!
Keinginan utk turun ke surau dan memuaskan nafsu tidur ni mmg kuat, tapi.. tahan la!
Kat office ni okkay, bukan rumah..

Mood malas macam biasa, sbb hari ni last kerja..
Malam ni nak bertolak ke rumah bonda..
Dah ready dah barang² untuk aku proses jadikan kuih raya..
Mesti siapkan semua sebelum hari sabtu, sbb tahun ni beraya ni kampung kaka..

Raya kali ni rasanya seronok dari tahun lepas..
Sebelum ni dah tak larat nak tepis soalan bila, bila, bila..
Sekarang dah ada.. alhamdulillah..
Sejak jumpa doktor semalam, macam dah ada rasa..
Tapi macam sipi² je.. Confirm tak confirm jugak la..
Maklum la takde pengalaman.. Tapi best gila wa cakap lu..
Maknanya normal dan aktif.. macam tu yang kite mau!

Malam ni kami akan bertolak, jadi radio² sekalian inilah masa yang sesuai nak main lagu Sudirman tu okkay..
Harap² perjalanan lancar..

Apa yang aku tak sabar sangat raya ni, ialah makan..
Pahit mulut yang dialami ni mmg tak tahan beb..
Teringin gila ni nak makan ketupat..
Tapi kat Ipoh mesti takde ketupat pulut.. Tok, tolong simpan kat cek tau..
Cuma mungkin hikmah balik kampung raya kedua, mana budak² yang patut aku bagi duit raya tapi tak jumpa, selamat ar!
Gaji bulan depan lambat tu.. Sengkek gila kang, duit raya tu aku la pakai nanti..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Maaf kalau ada salah dan silap..
Makcik tak sabaq nak balik kampong nehh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...