Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 8, 2009

Diari Ramadhan Senah..

Cerita 1
Korang mengantok tak siang2?
Takkan nak kasi alasan bangun 4 pagi masak sahur kot..
Mak aku selamba je..
Tapi tepat pukul 1, mata mmg tak larat celik..
Walau apa pon berlaku di sekeliling, dengan lafaz bismillah.. zzzZZzzZZzzzz...
Lenguh tangan kanan, tukar tangan kiri..
Cukup sejam, segar macam lepas minum isotonik revive! ☻
Risau je bantal merah aku tu penuh peta, tak pon ter-mengigau bukan².. hehe..

Cerita 2
Pegi Bazaar Ramadhan best kan?
Sebesar mana, sebanyak mana gerai.. Mesti nak tawaf 2/3 kali..
Walaupun kejap2 mengah, kejap2 nak pitam.. ☻
Tapi last2 beli soya je sebungkus, ceh!
Ada jugak yang tak bestnya -> golongan yang menggalakkan aku mengumpat dalam hati..
Ala, jenis yang seksi maut pegi beli makanan..
Saya no komen kak oi!!

Cerita 3
Berpuasa menggalakkan kita lebih bersabarkan?
Hari tu terjumpa sorang hamba Allah..
Masa tu baru je lepas azan, air tin kitorang pon belum habis minum..
Biasa la, tak jumpa kedai makan.. Beli air je la dulu..
Tiba2 dengar orang maki², gaya macam nak hempuk je mamat lagi sorang tu..
Yang maki tu seagama kita, yang kena maki tu Chinese..
Segala perkataan keluar, tangan mmg nak hayun dah tu rasanya..
Kitorang tak perasan apa punca, tapi diorang nyaris accident kot..
Yang kena maki tu suara slow je, maybe dia yang salah..
Tapi yg memaki tu, mungkin marah sangat sampai terlupa dia puasa tadi..
Malu jugak, takut orang lain fikir orang seagama kita ni ganas..
Utk aku sendiri, harapannya bulan mulia ni dapat bantu utk didik diri jadi lebih bersabar..
Apa kata?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...