Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 19, 2009

sekarang gua dah balik ke rumahku syurgaku..

tak kenal maka tak cinta..
mmg betul pon, tapi jangan tiba-tiba nak kenal suami gua pulak..
dengan dia orang lain tak boleh cinta.. hahaha..

bukan apa, sekarang gua mmg dah officially keluar dari rumah sewa..
dengan hanya 3 minggu gua dapat menambah koleksi kawan..
yang langsung tak kenal sebelum ni, dapat jadi agak rapat juga..
diorang mmg cool gua rasa, walaupun pada hari pertama gua malu kucing gila punya..
sampai hari last tu sedih pulak rasanya..

jadi, kena kenal dulu baru boleh tau orang tu macam mana..
meleset sama sekali pendapat gua masa mula2..
sebabnya, dalam telefon cakap sama mimi dengar macam jenis orang tak friendly..
sepatah gua tanya sepatah dia jawab..
last2 kitorang nak bayar duit sewa pon dia tak mau..
tapi kami sebagai manusia yg mengenang budi, bayar juga la..

ok, habis cerita pasal tu..
gua tak perlu lagi menapak ke pejabat.. maka terhenti la exercise hari2..
kena pikir cara lain utk bersenam ringan.. kasi baby senang keluar..

nota kaki: dengar radio pagi tadi, katanya ada seorang nenek pecah rekod berdengkur paling kuat. bunyi macam pesawat. rumah dia mesti bergegar ek.. ☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...