Berikut adalah semua jemputan perkahwinan yang kitorang dapat.
Semua kawan2 rapat, seboleh mungkin kena pegi. (lagipon kenduri kitorang semua datang ☺)
Dilema yang dihadapi:
1) kalau hari ni kenduri kat keramat, esok pula di kangar dan kuantan. macam mana? adakah gua masih boleh naik flight? atau inilah peluang keemasan utk gua dapat tiket penerbangan seumur hidup dengan syarikat berkenaan?
2) di kala perut sudah mencapai tahap 8 bulan, baju kurung sure dah tak muat. nampaknya gua kena borong banyak lagi baju maternity yang vouge. kenduri beb, kena la lawa2.
3) jika 6 minggu berturut-turut gua pekena nasi minyak, berapa kilo berat kah akan naik? tak pasal2 kena darah tinggi ke, kencing manis ke.. gua takmo beranak tak cukup bulan!!
Apa2 pon.. selamat pengantin baru kawan2.. Tahun depan mari sama2 kita kendong anak.. ☺☺