Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 20, 2008

Hujan itu rahmat..

Skarg musim ujan kan.. Wuih, kitorang dengan tegarnya masih menggunakan khidmat motosikal yg amat berjasa itu utk pegi balik keje.. walaupun hujan.. ku redah jua.. hehe..

Dah banyak kali jugak la aku jd pemerhati, menafsir hikmah tersembunyi di sebalik hujan..
Bukan apa, selalu kena tunggu kaka kat Masjid Jamek time hujan lebat tu..
Org kata penantian satu penyeksaan kan, so to keep myself busy, sibuk analyze org lalu kiri kanan..Kalo la percakapan dalam hati ngan otak aku ni boleh bluetooth tros masok blog ni, mmg dah berjela2 la.. Sure korang tak larat baca..

Hikmah 1:
* Memberi rezeki pada penjual payung*

Memang mantap promosi golongan ni.. Setiap manusia yg lalu, dia akan ulang line ni.."Payung 5 ringgit, 5 ringgit payung"..Walaupun diterbalikkan ayat itew, mesej disebaliknya sama.. diorang ni kiranya mengambil kesempatan di atas keadaan cuaca utk melariskan perniagaan.. tak salah pon kan..Tapi, ish.. tak penat ke kak oi.. kalo ujan 5 jam.. 5 jam tu la dia dok menjerit.. (mana tak jerit, nak lawan bunyi hujan lebat tu kan..)

Hikmah 2:
* Org lelaki bole cuci mata*

Erm.. ni rasanya kena tukar kategori, bukan hikmah tapi bala.. hahahahaha
Gile ke apa, awek2 ni selamba angkat kain sampai paha.. adus.. aku selaku wanita melayu terakhir mmg malu tgk umat Islam macam tu.. isk isk isk..

Hikmah 3:
*Rezeki pada pengeluar sabun basuh*

Mana taknya, kalo time kering mungkin ada pakaian kita tu bole guna lagi utk esok..
Tp kalo dah basah kuyup tu cane, kena la basuh.. So, makin cepat la sabun basuh habeh, makin kerap la kena beli sabun.. huhu!!

Hikmah 4:
*Rezeki pada kedai jual mesin basuh dan tukang repair mesin basuh*

Kalo dah hari2 basuh baju, mesin basuh mahal macam mana pon mesti cepat jahanam.. tol tak?
Kalo org byk duit, rosak tros beli baru.. kalo yg duit tak bape banyak mesti anta repair tol tak?
Tak rezeki namanya tu??

Hikmah 5:
*Semakin ramai la pengguna proton dan juga cap kereta yg lain*

Mana tau, ada org manyak duit, tp takmo beli kete.. asyik kebasahan je hari² dia pon naik fed-up.. last² beli kete.. makin bertambah la jam kat KL neh.. tp makin kaya la org jual kete tu..


Selain tu mesti la hikmah pada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lain2 lagi..
Setakat ni je aku sempat pikir.. hem..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...