Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 25, 2010

cerita terbang

alhamdulillah, selamat sampai ke pulau pinang lebih kurang 8 pagi krismas ini..

lega yang teramat sangat, sebab berjaya harung cabaran hebat. penat mak!

dah la sampai airport lambat, patut sejam sebelum kan..
jenuh rushing ke kaunter utk boarding pass. kalo awal boleh pakai kiosk je, senang.
dah dapat boarding pass, dengar pengumuman cakap panggilan terakhir utk penerbangan tu.
pergh, cuak la kejap. salam dengan kaka pon tak sempat.

rempit masuk dalam, scan beg, sedia nak mengatur langkah ke gate pelepasan.
mak datok, gate yang paling hujung la pulak.
dengan dukung budak 9kg, campur beg dan handbag, terkengkang2 gua.
tunjuk boarding pass, encek tu cakap cepat sikit ye.

berat tak hengat dah ni.
nak ke tempat masuk flight tu, jugak yang paling hujung ok. diulang, paling hujung.
tangan sesungguhnya rasa nak tercabut.
sebab tak tahan sangat, gua dengan tak malunya mintak tolong sorang mamat ni angkat beg.
nampak macam askar je. gua sempat tanya, nak ke miri katanya.
dah sampai dan ucap terima kasih, kena la angkat beg naik tangga flight pulak.
sampai atas pramugari ambik beg, dan gua selamat ke tempat duduk.
lega ya ampun!! seperti biasa tempat duduk mesti kat sayap.
dan time tu la gua perasan, sweater irfan yang baru beli tu tercicir. sayangnya!!!

nak take off dah tak lama sebab gua masuk pon dah lewat.
alhamdulillah, irfan ok. kasi nenen tido la dia.
duduk tak lama, tiba2 dah announce flight nak landing.
cepat gila rasanya. tak sabar gua nak turun. tapi terfikir dem, nak kena angkut beg keluar pulak.
lenguh tangan tak hilang lagi.

agak lengang sikit gua letak irfan duduk kejap, gua bangun cari beg.
pastu nasib baik ada couple ni nampak gua dukung anak dorang offer nak angkatkan beg.
semua nyiru gua cepat2 tadahkan. memang penyelamat la korang berdua ni!
irfan pulak buat muka comel, asyik pandang je penyelamat kami tu.
dorang pon seronok dan puji2 irfan comel, tanya umur berapa, nama apa semua..
dan bila dah keluar gua memang rasa macam nak peluk je minah tu. pakwe dia tak la.. hehe..
sangat berterima kasih tak terhingga! semoga Tuhan merahmati kamu berdua.
pertolongan tu memang gua akan kenang sampai bila2..

dan seterusnya, paklang gua sampai dan selamat sampai rumah dorang sementara tunggu mak ayah ambik petang sikit..

sebenarnya ada lagi.
nak menambahkan thrill perjalanan hari ni, sebenarnya dari lcct lagi gua rasa nak memerut.
punya la berdoa jangan datang angin tak tahan tu.
dah la kalut, nak p toilet macam mana. adoih!
nasib baik tak terjadi perkara tak diingini. hehe..

sekarang, gua dah boleh bersuka ria kat kampung tercinta.
irfan dah tido kepenatan. kejap lagi gua nak join.

cuma yang ralat, tak sempat langsung nak keluar kamera ambik gambar irfan dengan kapal terbang. first time ni! dengan ummi sorang pulak tu! sampai senget2 ummi terpaksa dukung dia lagi! hihi!

Friday, December 24, 2010

jom cuti!

almost 3pm.. lengang.. almaklum mood cuti bermaharajalela..

pam dah 2 kali, tp down sikit. erm, emosi kacau betul sejak kes semalam.

jadi mood seronok nak balik kampung jatuh berguling-guling.
tak sabar nak abis kerja. balik rumah tengok tangan putera gua yang sakit tu.
malam ni kena kemas barang. ish, bukan senang nak bawak 1 beg je. adeh!

naik flight, sampai memang cepat.
tapi rasa macam kurang best sebab nanti mesti banyak soalan.
malas nak panjang cerita pasal kemalangan tu.

yang paling tak best, mesti ada yang ingat gua tak pandai jaga anak.
contoh hari tu, irfan menangis kuat gila sebab jatuh katil.
gua agak jauh dari tempat kejadian. tak sempat nak sambut sebab harap orang lain tolong tengokkan..
tiba² jiran selang 3,4 buah rumah datang sambil tanya "mak dia buat apa?" deng!
dah la risau anak jadi apa², tambah sakit hati lagi..

harap² cuti kali ni jauh dari sakit²..
mak, ayah tunggu anakandamu pulang.. hehe!

Tuhan, aku mohon buang sakit itu dari anakku..

his hand was 'fine'. i think.

but my heart..

it broke into million pieces...

Tuesday, December 21, 2010

irfan, jom terbang!

minggu ni last keje.. next week cuti seminggu dan sudah pasti anak ayah ni nak balik kampung.
rindu wo!! nak buat macam mana, gua ni kira merantau ke ek? ☺

tapi kali ni gua terpaksa balik dulu, cik abang kemudian.
kalau duit terlampau banyak boleh la dia hantar, patah balik, balik kedah semula, pastu abeh cuti balik kl balik. adoih!
gua naik bas? 5 jam lebih pegang anak sorang² tu.. kalau dia mengamuk macam mana? adoih lagi!

check tiket air asia murah jugak.
tapi gua sorang ni. taktau macam mana irfan agaknya atas kayangan tu nanti.
tapi lebih kurang 45minit je. gua kena pack barang sepadat mungkin, 1 beg sahaja.
senang nak bawak kanan anak kiri beg.
jimat masa sampai penang beb.. uih, eksaited!

macam mana ni..
rasanya ada budak tu perlu dibiarkan mengantuk tahap gaban kot..

Monday, December 20, 2010

serabut

cuba google gambar serabut.
tapi tak menepati imej serabut dalam kepala gua.

bila dapat tau amaun yg perlu dibayar pada tuan loyer. somput den!

nasib baik ada encek kwsp, dapek jugak bantu bayar 10% kek tuan tanah..

belum lagi pikir berapa gaji tinggal bila dah kena mula bayar.. aduh, heart attack!

bil lagi.. er.. walaupun bukan bayar sorang2, tp totap den somput! adeh!

Thursday, December 16, 2010

vroom vroom!

kebelakangan ni rasanya dah malas nak beli mainan utk anak teruna gua ni..
sebabnya, dia macam tak reti main pon..
semuanya nak campak je.. macam rugi la pulak kan..

tapi tiba2 macam gila stereng pulak..



inilah stereng yang dimaksudkan.. hehe.. (thanks to maklong irfan, save duit ummi)

dah lama ada ni.. tapi irfan macam tak minat..
tekan2 keluar muzik tu pon dia buat dek.. main sikit2 la..

tapi tah macam mana, tiba2 seronok pulak dia tolak benda tu..
melangkah bukan main laju lagi..
tolak pon laju sampai bontot tertinggal.. maklum la, mana cekap jalan pon..
satu rumah nak round. bila terjumpa obstacle, langgar. huih, ganaih!

takpe irfan, practice make perfect.
balik kampung nanti ummi bawak balik, ronda umah maktok pulak ok..

nota kaki: nak snap gambar dia in action tp payah. mana nak jaga dia, nak pegang kamera. dapat snap pon ada gambar orang sekeliling yang tak sesuai nak upload. driver baru dapat lesen memang loqlaq sikit. :D

lady bird?



gambar dah rosak akibat letak merata-rata..
tu la.. sapa suruh tak scan awal2..
tapi takpe la, gambar free je ni..
tapi dibayar dengan masa menunggu yg saaaaaaangat lama.. haih..

Sunday, December 12, 2010

the famous kluang station



irfan dah sampai sini dah.. yay!
roti bakar dengan kopi memang superb!! (kalau la irfan dapat rasa.. :D)

Friday, December 10, 2010

tajuk utama: budak menggigit

biasa la kan kalau kita dapat benda baru.
dapat handphone baru contohnya mesti 24 jam melekat kat tangan explore sana sini.

untuk budak yang baru dapat gigi pon mesti sama.
rasanya gigi tu keluar masa 9 bulan kot. tak ingat.
masa tu tak keluar habis, jadi kalau hulur jari suruh gigit memang sakit sedap je.
skarang, cuba la.. memang berbekas punya!
penah sehari tu, dia mamai sebab dalam proses pelayaran ke alas mimpi.
dia pegang jari gua, pastu gigit², main², gigit² lagi sampai tertido.
kawan tu seronok la, tp kita yang menahan ni jenuh woo!

lebih sakit lagi kalau datang geram dia tu. sekuat hati dia kerjakan. sabar je la..

TAPI MASALAHNYA LEBIH BESAR BILA MENGGIGIT WAKTU MENYUSU!

sebelum ni dia kalau gigit pon main2 je. tak sakit. serius boleh tahan.
tapi semalam. oh semalam gua nangis sebab tak tahan sangat.
lekat bekas gigi. jadi fobia pulak nak kasi setiap kali dia nak.

camana ni???????????????????????

Monday, December 6, 2010

S.E.P.U.L.U.H



selalu paling lewat pukul 9 mlm dah tido. pukul 7 pagi mesti dah celik mata.
tapi lately pukul 8 nap kejap, lepas tu akan cargas sampai midnight.
aduh, senyum pulak.. ummi dah ngantok ni, jom tido!!



hahaha.. kalau teringat mesti nak gelak. ♥♥
sekarang makin kerap buat muka funny ni. tak sure nak tunjuk gigi ke apa tu..



minat bola besar pulak sekarang. tapi biasanya minat akan hilang selepas 2-3 hari.



pelik, dimanakah saya berada.
ummi kata asam pedas kat sini sedap. irfan taktau sebab tak cukup umur nak merasa lagi. ☺
next week kenduri kat melaka lagi, destinasi singgah wajib ni.. ♥♥

Friday, December 3, 2010

peringatan bersama..

kelmarin, pagi on the way ke office.
mat/minah rempit ni baru nak memulakan perjalanan.
tiba² ternampak sesuatu di tepi pokok. oh, beg.
ya, beg yang dah diragut. dicampak disitu.
kami berhenti, bukak dan ya ada ic, lesen, kunci dan kertas².
barang berharga sudah semestinya dah alhamdulillah.
kemudian, kami teruskan perjalanan sambil berfikir-fikir nak report polis atau apa..

malam, setelah hafal jalan dari google maps, kaka ajak ke rumah tuan punya barang.
niat di hati nak pulangkan sendiri. leceh nak report polis.
tapi kalau la tak jumpa rumah, atau rumah tak boleh ketuk sebab ada anjing, kami akan buat report juga..

tak susah pon, maklum la ada gamin dalam kepala (puji sket!), kami jumpa rumahnya.
tak ada anjing, loceng ting tong pon tak ada. nasib baik pagar tak kunci.
kaka masuk, panggil² akhirnya tuan rumah keluar.
borak² kejap, barang dipulangkan.

ya, dia memang kena ragut.
kesian, aunty berusia 56 tahun diragut. lutut kena parang.
4 orang india katanya.
seram sejuk gua. nasib baik dia hanya luka.
beg yang kami jumpa bukannya gucci atau LV atau coach. hanya beg yg dah 'buruk'.
duit dia kata hanya ada rm50.
tak tau nak cakap apa, kalau dah nasib tak baik..

moral of the story, jangan bawak banyak cash, barang berharga ke sana sini.
kalau pakai seluar lebih senang, sumbat semua dalam poket.
pakai je handbag buruk, at least kalau hilang tak ralat.
jangan melawan orang jahat tu, bimbang diapa-apakan..

mintak dijauhkan..

Wednesday, December 1, 2010

mama saya lapar!


hanya buku ni, Pa&Ma Desember dengan baju irfan 2-3 helai yang gua beli masa baby's fair kat midValley last week.
memang ajaib. punya la rambang mata sebab macam2 ada tapi berjaya menahan diri.
*clap clap*

cuma satu je, kitorang buang masa yang tersaaangaatt lama menunggu gambar free irfan sekeping.
bila sampai turn kitorang, irfan dah lemau sbb tunggu lama.
tak dapat sebijik pon gambar senyum. adus..
yang best, dapat la kamu merasa pakai kostum lady bird ye irfan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...