betul. hanya lebih kurang sejam je dapat main, peluk, cium irfan semalam.
ni semua gara² Transformers - Dark of the Moon tu la..
sampai rumah MIL dah dekat pukul 8 malam.
wayang start pukul 9. lambat kang tak dapat beli popcorn. hehe..
nasib baik irfan behave, dan enjoy tengok bola semalam kata MIL.
taknak kasi review tentang filem, nanti potong stim orang yang belum tengok.
cuma, beberapa point nak kasi:
1) bagi gua pakai spek 3D tu menggangu.
2) tengok transformers 2 dan 3 tak dapat lawan keterujaan maksimum ketika transformers 1.
3) gua masih enjoy dan sangat girang tengok kereta² tu bertukar. rasa macam nak simpan 1.
4) rasa macam tengok grey's anatomy tiba2 bila mamat mcdreamy berlakon cerita robot.
5) shia dan brader² askar tu memang macho. orang kecik macam kita boleh bunuh robot besar tu weh. kagum gak. sebab awal2 mindset kena tolak ciri2 logik dalam cerita macam ni.
nak tengok lagi sekali fikir 2 kali jugak. kesian irfan kena tinggal.. ☻
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
3rd check up
setiap kali pegi check-up, mesti nervous.
teringat masa nak jumpa doktor gigi masa sekolah dulu..
dan kali ni, terkena report card merah.
aduh, banyak perbezaan pregnancy dulu dan sekarang..
dulu, gula tak pernah tinggi. memang NIL je memanjang.
terkejut kali ni merah pulak. apa la benda manis gua makan ni..
untuk bulan seterusnya, terpaksa la control makan atau lebih tepat control kemanisan.
gua syak ni semua gara2 melantak marshmallow banyak sangat.
perbezaan lain, sekarang sesekali gua rasa semput, penat sangat.
tengah duduk pon penat. macam baru lepas jogging.
doktor cakap, mungkin sebab gap pregnancy agak dekat, peningkatan umur & cabaran menjaga budak lasak menyumbang..
dan bila scan, doktor cakap uri kat bawah.
huwaa!! RISAU!
walaupun hanya jangan buat kerja berat, nanti eventually uri akan naik (kata doktor)..
risau jugak, sebab ada kawan baru keguguran akibat uri di bawah..
nauzubillah.. sab, tolong jangan fikir bukan², nanti kang pressure yang naik pulak!
gambar scan bukan main banyak.
dulu setiap kali scan dapat sekeping je, skarang sampai 4! hehe..
alhamdulillah, yang lain nampak ok.
dan mungkin, akan dapat muhammad i lagi sorang. ☺☺☺

Monday, June 27, 2011
krisis pemakanan
hari, dimulai dengan kebasahan akibat hujan lebat.
sampai pejabat, terus meluru ke toilet utk keringkan lengan baju.
sungguh berjasa pengering tangan tu.. ☺
tapi tepuk tangan utk diri sendiri sebab gagah takmau pakai baju hujan.
konon dapat predict hujan tak lebat. padan muka!
bukan nak cerita pasal baju basah.
nak cerita tentang episod takmau makan si irfan.
rasa macam dah lama sangat tak tengok dia makan nasi dengan berselera.
takkan tak rasa lapar wahai anakku?
kalau paksa makan, bermaksud sumbat jugak dalam mulut terpaksa la cuci muntah.
semuanya geleng, kunci mulut rapat.
yang masuk kategori ok dan boleh sumbat dalam mulut hanya:
i) buah - pisang, tembikai, betik, jagung, anggur.
ii) biskut kecik bentuk ikan.
iii) jajan - sumi, coklat
iv) ikan dori
v) telur
rasanya ini saja. cuba tengok, langsung takde makanan solid.
walaupun ok, kebanyakannya makan ala kadar je.
yang bersungguh makan cuma buah.
aduh, sungguh tak senang hati dibuatnya..

Friday, June 24, 2011
bukan kisah anak
kalau ber-blog mesti cerita pasal anak sampai terlupa sebelum ada anak dulu macam mana gaya penulisan..
cerita tentang diri sendiri bagaikan langsung tak menarik utk dikongsi..
tapi hari ni ingin cerita tentang diri sendiri, walaupun jenuh fikirkan isi kandungan..
jun dah semakin ke penghujung..
baru mulai sekarang terasa sedikit kesempitan.. dari segi kewangan tentunya..
sejak ada rumah sendiri, sudah diramalkan kami perlu lebih berjimat..
tapi alhamdulillah dari awal tahun kewangan masih selesa dengan adanya bonus dan sedikit duit tambahan hasil prestasi tahun lepas..
dengan gaji terbaru, selepas ditolak semua.. risau juga..
kalau diikutkan tentunya cukup, cuma tak boleh lagi berbelanja tanpa kawalan..
yang mana sebelum ni, memang tak ada kawalan langsung! haih..
macam mana agaknya raya tahun ini?
semuanya kena downgrade, tak kira baju, kuih raya, duit raya..
betullah orang kata, setahun dua pertama mesti parah sementara nak biasa..
tentang rumah, hanya grill yang belum dipasang.
itu pun hanya tingkap ruang tamu..
tak tau bila nak pasang agaknya, sebab belum survey dan weekend asyik tak ada di rumah..
niat nak bela ikan juga dibatalkan.
sebabnya, kata hubby kesian ikan tu tak bebas. dan tiba² minat tu hilang..
tentang baby baru, langsung tak buat persiapan.
satu sebabnya, lambat lagi duedate dan banyak barang abang irfan masih boleh guna.
cuma asyik terfikir macam mana nak tidur berempat.
anak manja sorang tu tak pernah tidur berasingan..
barang yang penting untuk beli tentunya bajudan seluar maternity.
dulu hanya ada beberapa helai, maklum la perut tak besar jadi masih boleh pakai baju kurung.
kali ni, cepat pulak besar perut. untuk mengelakkan hari² pakai baju sama, kena la beli tambah.
harapannya, banyak lah sale besar-besaran.. jimat tu mesti jugak!

Wednesday, June 22, 2011
need a new recipe!
irfan tak mau makan!
sungguh... buat ummi risau.
semalam terpaksa EL sebab irfan demam.
malam muntah2.. habis keluar semua makanan yang tak seberapa dalam perut tu.
pagi ni, demam dah takde..
tapi MIL cerita, pagi tak mau makan, tak mau susu, semua reject.
tengahari, bubur biasa reject.
nasib baik ada ikan dori. nak ikan tu aje.
sungguh mencabar acara bagi dia makan sejak kebelakangan ni.
mungkin tekak pahit utk makan, atau mungkin dah boring menu yang hampir sama.
ok encik google.. tolong berikan resipi menarik untuk gua. ☻☻

Friday, June 17, 2011
kemahiran bersosial
irfan dengan manja memang sinonim.
dia cucu pertama, untuk 2-2 family.
opah jaga pulak tu..
jadi aku rasa social skill dia kurang..
tak bergaul sangat dengan rakan sebaya..
jumpa kawan2 pon sekali sekala, waktu kenduri je selalunya..
waktu ke johor hari tu, ada 2 orang kawan dia..
sorang muda sebulan, sorang lagi muda 7 bulan.
memang setiap masa aku kena jaga tangan dia tu. suka tampar orang la!
waktu ke pahang last week pulak, ada 3 kawan lain..
tapi tak tampar menampar pulak.. asyik nak bercakap, bercerita aje..
tak main pon dengan member² tu..
risau part mencederakan kawan tu.
mesti mak budak tu bengang dengan anak aku. hahaha.
sebab tu aku sentiasa berjaga-jaga.
harapnya, bila adik dah lahir irfan akan ada kawan dan akan lebih pandai berkawan.
jangan dia penyek adik sudah.. ☻☻

Thursday, June 16, 2011
cerita hari ini..
hari bergerak sangat pantas.
minggu bertukar minggu, sekarang dah pertengahan june.
baby juga cepat membesar.
tengok ticker tu, dah 4 bulan setengah.
baby bump dah nampak. lebih cepat dari dulu.
dah rasa baby kick. pun lebih cepat dari dulu.
tak sabar tunggu next appointment sebab ummi dah buat benda bahaya. hehe..
sebab earthquake kat Sumatera hari tu, kat pejabat pon rasa.
2 kali gegar, semua kena turun selamatkan diri kalau2 bangunan dah tak selamat.
jadi mak dengan gagahnya turun tangga. dari tingkat 13!
campur level M, UG lagi.. adeh!
dah lepas 2 hari, sakit peha dan betis dah kurang sikit.
tapi alhamdulillah, selain kaki takde tempat lain yang sakit.
insyaallah, takmau buat benda bahaya lagi..

Thursday, June 2, 2011
june
tup-tup dah bulan june..
mulai june ni gua berazam nak jadi lebih cool, atau kata lain sejuk ibarat air kosong dalam gelas lutsinar yang penuh dengan air batu. wahh gitu!
sebelum ni senang sangat snap! walaupun tak selalu, tapi agak memenatkan..
jadi, azam dimulakan!
esok dan isnin cuti. yay!
esok jugak kami akan ke johor - jb, batu pahat, segamat.
ahad baru balik.. teringin nak terus ke singapore, jenguk Universal Studio tapi macam tak sempat.. maybe lain kali.. lagipun belum buat passport untuk irfan..
tentang trip kali ni, risau banyak perkara:
1) belum mahir handle botol susu, termos, etc.
2) makanan si kecik. sebab rasanya kalau bagi makanan lain selain bubur macam dia tak kenyang. perasaan kot.. lagipun ramai tegur irfan makin kurus.. kena tembamkan balik ni!
3) tak pasti jarak antara semua tempat tu, kalau jauh dan budak meragam dalam kereta.. adui!!

Subscribe to:
Posts (Atom)