Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 27, 2011

krisis pemakanan

hari, dimulai dengan kebasahan akibat hujan lebat.
sampai pejabat, terus meluru ke toilet utk keringkan lengan baju.
sungguh berjasa pengering tangan tu.. ☺
tapi tepuk tangan utk diri sendiri sebab gagah takmau pakai baju hujan.
konon dapat predict hujan tak lebat. padan muka!

bukan nak cerita pasal baju basah.

nak cerita tentang episod takmau makan si irfan.
rasa macam dah lama sangat tak tengok dia makan nasi dengan berselera.
takkan tak rasa lapar wahai anakku?
kalau paksa makan, bermaksud sumbat jugak dalam mulut terpaksa la cuci muntah.
semuanya geleng, kunci mulut rapat.

yang masuk kategori ok dan boleh sumbat dalam mulut hanya:
i) buah - pisang, tembikai, betik, jagung, anggur.
ii) biskut kecik bentuk ikan.
iii) jajan - sumi, coklat
iv) ikan dori
v) telur

rasanya ini saja. cuba tengok, langsung takde makanan solid.
walaupun ok, kebanyakannya makan ala kadar je.
yang bersungguh makan cuma buah.

aduh, sungguh tak senang hati dibuatnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...