Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

3rd check up

setiap kali pegi check-up, mesti nervous.
teringat masa nak jumpa doktor gigi masa sekolah dulu..

dan kali ni, terkena report card merah.
aduh, banyak perbezaan pregnancy dulu dan sekarang..
dulu, gula tak pernah tinggi. memang NIL je memanjang.
terkejut kali ni merah pulak. apa la benda manis gua makan ni..
untuk bulan seterusnya, terpaksa la control makan atau lebih tepat control kemanisan.
gua syak ni semua gara2 melantak marshmallow banyak sangat.

perbezaan lain, sekarang sesekali gua rasa semput, penat sangat.
tengah duduk pon penat. macam baru lepas jogging.
doktor cakap, mungkin sebab gap pregnancy agak dekat, peningkatan umur & cabaran menjaga budak lasak menyumbang..

dan bila scan, doktor cakap uri kat bawah.
huwaa!! RISAU!
walaupun hanya jangan buat kerja berat, nanti eventually uri akan naik (kata doktor)..
risau jugak, sebab ada kawan baru keguguran akibat uri di bawah..
nauzubillah.. sab, tolong jangan fikir bukan², nanti kang pressure yang naik pulak!

gambar scan bukan main banyak.
dulu setiap kali scan dapat sekeping je, skarang sampai 4! hehe..
alhamdulillah, yang lain nampak ok.
dan mungkin, akan dapat muhammad i lagi sorang. ☺☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...