kalau ber-blog mesti cerita pasal anak sampai terlupa sebelum ada anak dulu macam mana gaya penulisan..
cerita tentang diri sendiri bagaikan langsung tak menarik utk dikongsi..
tapi hari ni ingin cerita tentang diri sendiri, walaupun jenuh fikirkan isi kandungan..
jun dah semakin ke penghujung..
baru mulai sekarang terasa sedikit kesempitan.. dari segi kewangan tentunya..
sejak ada rumah sendiri, sudah diramalkan kami perlu lebih berjimat..
tapi alhamdulillah dari awal tahun kewangan masih selesa dengan adanya bonus dan sedikit duit tambahan hasil prestasi tahun lepas..
dengan gaji terbaru, selepas ditolak semua.. risau juga..
kalau diikutkan tentunya cukup, cuma tak boleh lagi berbelanja tanpa kawalan..
yang mana sebelum ni, memang tak ada kawalan langsung! haih..
macam mana agaknya raya tahun ini?
semuanya kena downgrade, tak kira baju, kuih raya, duit raya..
betullah orang kata, setahun dua pertama mesti parah sementara nak biasa..
tentang rumah, hanya grill yang belum dipasang.
itu pun hanya tingkap ruang tamu..
tak tau bila nak pasang agaknya, sebab belum survey dan weekend asyik tak ada di rumah..
niat nak bela ikan juga dibatalkan.
sebabnya, kata hubby kesian ikan tu tak bebas. dan tiba² minat tu hilang..
tentang baby baru, langsung tak buat persiapan.
satu sebabnya, lambat lagi duedate dan banyak barang abang irfan masih boleh guna.
cuma asyik terfikir macam mana nak tidur berempat.
anak manja sorang tu tak pernah tidur berasingan..
barang yang penting untuk beli tentunya bajudan seluar maternity.
dulu hanya ada beberapa helai, maklum la perut tak besar jadi masih boleh pakai baju kurung.
kali ni, cepat pulak besar perut. untuk mengelakkan hari² pakai baju sama, kena la beli tambah.
harapannya, banyak lah sale besar-besaran.. jimat tu mesti jugak!